Categories: Uncategorized

[GAMBAR] Kecoh Foto Tanpa Baju Didakwa Mirip Aliff Aziz, Kantoi ‘Check In’ Dengan Gadis Mana Pula?

Share

Sejak awal pagi tadi, viral sekeping foto yang memaparkan aksi mesra selfie seorang lelaki yang mirip pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz bersama seorang gadis.

Lelaki berkenaan dirakam tidak berbaju sementara wanita yang dikenali sebagai Nismel itu hanya mengenakan baju hitam bertali halus.

Dipercayai, foto itu telah disebarkan seorang pengguna media sosial ekoran perselisihan faham fasal hutang.

Malah, individu tersebut turut berkongsi beberapa bukti lain termasuk perbualannya bersama isteri Aliff, Bella Astillah.

Sementara itu, menerusi kemas kini terbaharu akaun Instagram @nismellll_, gadis tersebut menegaskan dia tidak mengenali lelaki bernama Aliff Aziz.

Lalu, akaun bintang lelaki itu mulai dihujani dengan komen pelbagai peminat yang rata-ratanya mempersoalkan mengenai sikap selebriti tersebut.

Foto: Twitter

IKLAN