Pelakon Nadzmi Adhwa dan rakan baiknya Ardell Arayana ada menyertai misi bersama pasukan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia yang berakhir semalam bagi membantu penduduk sekitar Sigi dan Donggala, Indonesia yang sedang ditimpa musibah banjir besar dan banjir lumpur.
Malah, dua sekawan itu sering berkongsi aktviti mereka sepanjang berada di sana.
“Salam Jumaat. Kami berdiri di atas bumi yang bergoncang menelan lebih 10 000 umat manusia. Allahuakbar!
“Hadis Shahih – “ Menjelang tibanya hari Kiamat akan ada (orang – orang) yang dirubah bentuknya , DITENGGELAMKAN DI DALAM BUMI dan dilempari batu ” (HR. Ibnu Majah , Shahih ).
Ads
“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita kembali pada Allah, Perbanyak taubat , jauhi maksiat dan kembali ke majlis ilmu. Insyaallah,” tulisnya pada satu entri foto terkininya di Instagram.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit Sheila Rusly mengakui rasa sebak dan menangis apabila membayangkan program ikoniknya setiap kali menjelang Ramadan, Ketuk-Ketuk Ramadan musim ini bakal menjadi yang terakhir bagi dirinya.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Leftenan Zana itu bagaimanapun masih belum menerima maklum balas dari RTM berhubung pendirian tersebut di bawah produksi JS Pictures.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Memang betul ini tahun yang terakhir, tetapi belum dapat surat dari RTM lagi yang mengatakan kita terima surat JPS Pictures yang mengatakan ini yang terakhir. Kita belum dapat lagi. Setakat ini kita hanya dapat satu panggilan yang memanggil pihak kami untuk mesyuarat.
“Kalau ikutkan saya, memang mahu yang terakhir sebab Ketuk-Ketuk Ramadan sudah sampai ke musim yang ke-15, kalau tak berhenti sekarang bila lagi saya nak berhenti.
“Daripada anak saya kecil hanya tonton rancangan tersebut, sampailah sekarang dia sudah kerja dengan saya dan turut bantu Ketuk-Ketuk Ramadan. Bayangkan berapa lama tu?,” kongsinya kepada MH.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ditanya sama ada sejauh mana nilai sentimental program tersebut terhadap dirinya, Sheila mengakui menangis selepas selesai rakaman terakhir memandangkan dia menyerahkan seluruh jiwa dan raga terhadap program masakan itu.
“Sayang. Saya menangis masa selesai rakaman episod terakhir. Sedih sebab dan saya buat program tersebut dari musim pertama hingga ke-15 tanpa skrip.
“Content, resipi, soalan untuk artis semua saya lakukan. Sampai macam tu sekali,” katanya yang tidak menolak untuk terokai dunia digital secara meluas selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Sheila kini sedang sibuk dengan projek terkininya, telemovie khas raya berjudul Dosa Tak Diiktiraf dibintangi Elly Mazlein dengan Zarul Umbrella.
Video berdurasi 30 saat itu memaparkan reaksi kedua-dua anak mereka, iaitu Hayla Maghfirahtul dan Ahmad Fakharuddin Attar yang teruja melihat bakal ‘adiknya’ itu.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.
Terdahulu, Wawa telah membuat kejutan kepada Aeril apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Nampaknya kata-kata rupa harus mendahului bakat boleh ditolak ketepi.
Ini kerana, pelakon versatil, Amerul Affendi menjadi bukti rupa bukanlah segalanya.
Muncul sebagai ‘The Villain’ dalam muzik video terbaru Yuna, ‘Blank Marquee’ bersama G-Eazy, kemunculan pelakon berbakat ini nyata menggemparkan industri hiburan Malaysia.
Aksi antagonis bersahaja dilihat cukup menjadi dan nyata, dia yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN baru-baru ini bagi filem One Two Jaga punya peluang besar untuk ke peringkat antarabangsa.
“Satu kepuasan bila semua saling memberi dalam menghasilkan sebuah karya seni.
“Untuk nampak bergaya dan cool dalam mv ni terima kaseh buat @haidayusof menyediakan segalanya. Jarang nak dapat sistem kerja begini dalam satu-satu production dengan wardrobe department.
“Berada dalam set @rabbanisujak bagaikan masuk ke dalam ruang imaginasi beliau dan sangat mesra kepada tetamu yang hadir untuk bermain di dalamnya.
“@aaidilrazali terima kaseh buat rasa selesa untuk bermain di depan mata lensa mu tanpa rasa segan silu. Tihihihihi.
“@yuna dan @adamyousofunny terima kaseh memberi ruang dan peluang untuk bersama hasilkan #BlankMarquee ni. Salah satu pengalaman yang best dalam perjalanan ni.
“P/s: @adamyousofunny kalau filem ko jadi nak buat hello aku naa.. aku tak maki2 macam kat geazy. ?
“Terima kaseh tansree @krollazry memberi kepercayaan untuk bersama team tansree. Harap tansree berpuas hati atas service yang diberi.” Tulisnya.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.