Uncategorized

[GAMBAR] Instafamous Ini Ialah Anak Gadis Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman Yang Kini Bergelar Pelakon

Share

Gadis manis yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman kini turut mengikut jejak langkah arwah bapanya apabila mulai berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Alya, yang kini mempunyai hampir 38,000 pengikut di Instagram ada memuat naik foto bergambar dengan Syafiq Kyle.

Gadis manis berhijab itu sedang menjalani penggambaran untuk drama rantaian 20 episod, Senafas Rindu yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Menerusi entri Instagramnya yang dikemas kini itu, Alya memaklumkan drama berkenaan adalah penampilan sulungnya di hadapan lensa kamera.

“I am finally shooting my first ever drama guys!!!! and the hero is my boyfriend.. eh i mean @syafiqkylez,” tulisnya sambil diiringi dengan pelbagai ucapan daripada para pengikutnya.

Ok, jom ‘usha’ beberapa foto menarik si gadis manis ini.

Kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Good luck buat Alya dalam dunia lakonan!

Apa pun, Jom ikuti sedutan temubual bersama hero dramai ini, Syafiq Kyle!

Foto: Instagram Alya Iman

 

IKLAN