Categories: Uncategorized

[GAMBAR] Ini Warna-Warni Selebriti Kita Sambut Syawal Di Raya Pertama!

Share

“Meriahnya hari raya!”, mungkin itulah gambaran yang kami boleh simpulkan apabila hari ini, umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan 1 Syawal dengan oenuh rasa syukur, setelah 30 hari berpuasa.

Sesungguhnya, kenikmatan hari raya pastinya akan lebih terasa menerusi sesi saling bermaafan dan saling kunjung-mengunjungi.

Bagaimanapun, sebagai pencinta seni tak lengkap rasanya jika kami tidak ‘stalk’ bagaimanakah sambutan Syawal di kalangan selebriti tanah air kita. Nah, ini dia rangkuman foto-foto raya yang diambil menerusi media sosial mereka.

Macam-macam kapsyen, suasana dan tema baju raya kan?

Uyaina Arshad 

Juara Puteri Muslimah Asia yang pertama ini sedondon mengenakan persalinan baju raya merah. Bagaimanapun, tahun ini, sambutan hari raya tidak begitu lengkap kerana adik-beradiknya yang lain sambut 1 Syawal di rumah mentua.

“Tahun ni kami beraya bertiga. Abang2 semua balik rumah mentua. Anyway, what’s your favourite raya food? Yana paaaaaaaling suka nasi impit – kuah kacang & laksa. Hehehehehe…,” tulisnya sambil diselangi dengan tanda palang #UyainaArshad #teamrayamerah

Wawa Zainal

Pelakon yang juga isteri kepada aktor, Aeril Zafri pula tampil sedondon dengan baju raya rona hijau tua.

Ifa Raziah

Bintang versatil ini sempat merakam foto raya bersama suami dan dua anaknya di pagi raya. Tahun ini,  Ifa sambut raya pertama di ibu kota saja.

Mawar Rashid

Amboi cantiknya keluarga ni melaram baju raya tema ungu!

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga,” tulisnya dan disusuli dengan tanda palang #MawaRadens

Neelofa

Seperti tahun sebelumnya, bintang terkenal ini akan meyambut Syawal bersama ibu tercinta, Datin Noor Katini

Nora Danish

Pelakon yang baru sahaja meyambut cahaya mata, Nora Danish pula turut memuat naik beberapa foto sekitar sambutan rayanya pada hari pertama. Yang penting, ramai netizen puji baju raya digaya Nora yang cukup menawan!

Khai Bahar

Lara Alana

Menerusi Instagram, beberapa keping foto keluarga ini turut dimuat naik. Yang penting, kapsyen untuk gambar yang ini memang membuatkan ramai yang terhibur!

“Awat rambut Mommy macam kena ribut taufan Mommy? Hahahaha…,” katanya menerusi IG

Nabila Huda 

Sufian Suhaimi

Wah…kacaknya bila Pian peragakan baju Melayu dalam rona merah jambu. Siapa kata lelaki oakai baju warna ni tak macho?

Anzalna Nasir

Pelakon cantik ini pun tak kurang humor bila muat naik kapsyen melucukan. Katanya;

“Belakang tu bukan anak kami. Anak kami InsyaAllah keluar tahun depan! Kalau tak ada juga tahun depan, insyaAllah tahun lagi satu! Hahahahahhaahhaha Selamat hari raya!,” tulis Anazalna bersama tanda palang #NasibBaikTakAdaMakcikTanyaLagiPasakAnak

 

IKLAN