Uncategorized

[GAMBAR] Ini Jaguh Sukan SEA, MMA Jadi Bintang Filem PASKAL The Movie, Macho Habis!

Share

Selain beberapa nama yang sedia dikenali dalam dunia lakonan seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian dan Gambit Saifullah, seorang lagi bintang filem PASKAL The Movie bakal ‘memancing’ mata ramai.

Apabila buat pertama kalinya, bintang sukan ini beralih kecintaan ke layar perak apabila turut beraksi di dalam filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu.

Terdahulu, nama Theeban Govindasamy sudah pun sinonim dan tidak asing daripada dunia sukan serta ‘mixed martial arts’ (MMA) tempatan dan luar negara.

Difahamkan, jejaka tegap ini pernah mewakili negara menerusi sukan karate selain pernah mengutip pingat di Sukan Sea. Malah bintang sukan ini juga pernah dinobatkan sebagai juara Malaysian Invasion; Mixed Martial Arts 4 (MIMMA 4) dalam kategori welterweight.

Jadi tidak hairanlah sekiranya penampilan fizikalnya memang fit dan kekar habis kan? Jom ‘usha’ beberapa fotonya.

Filem hebat penuh aksi itu bakal menemui penonton pada 27 September depan. Tak sabarnya!

Foto: Instagram Theeban Govindasamy

 

 

 

IKLAN