Uncategorized

[GAMBAR] Ini 6 Gerangan Wajah Sebenar Di Balik Wajah Ngeri Dalam Filem Seram, Beza Sungguh!

Share

Tidak dinafikan setiap kali kita menonton filem seram, pasti kita akan tertanya-tanya siapakah individu sebenar di balik watak seram dan hodoh yang dibawa di dalam sesebuah filem. Betul tak?

Malah, ada di antara wajah yang disolek dengan karektor tertentu hingga ‘melenyapkan’ wajah sebenar pelakon berkenaan. Tetapi percayalah, di luar set, mereka sama saja dengan para pelakon lainnya.

Bersolek tebal hingga nampak seram demi tuntutan watak.

Freddy Kruger  – Robert Englund

Freddy, merupakan seorang aktor asal Amerika Syarikat. Selain watak ikonik itu, Englund telah pun berlakon di dalam puluhan filem.

Valak – Bonnie Aarons

Bermula dengan penampilannya di dalam The Conjuring, ia secara langsung membuatkan watak Valak berada dalam kelasnya yang tersendiri. Diakui, kerana bentuk hidung yang panjang ia menyukarkan aktres ini untuk mengembangkan bakat dalam lakonan sehinggalah Valak memberinya tuah yang bukan calang-calang.

Samara – Daveigh Chase

Samara ialah karakter hantu dalam filem The Ring versi Hollywood. Sementara dalam versi asal dari Jepun, watak sama bernama Sadako.

Pennywise – Tim Curry

Filem IT dalam versi 1990 dipegang pelakon Tim Curry. Terdahulu, Curry turut aktif dalam filem humor dan teater.

Jason Voorhees – Derek Mears

Derek merupakan pendukung watak seram yang dikenali sebagai Leatherface dalam versi reboot filem Friday 13th. Susuk tubuhnya yang kekar dan tinggi membuatkan dia adalah pilihan tepat untuk membawa watak negeri itu.

Toshio – Yuya Ozeki

Yuya melakonkan watak sebagai Toshio, hantu anak kecil dalam film Ju-On yang ditayangkan pada 2002. Meski sudah remaja, Yuya masih lagi aktif berlakon.

Foto: Carian Google

 

 

IKLAN