Categories: Uncategorized

[Gambar] Idol Pertama Berasal Dari Malaysia, Isaac [In2it] Balik Kampung!

Share

Baru-baru ini, ada satu kumpulan Kpop, In2it datang ke Malaysia untuk membuat showcase pertama selepas debut pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, itu bukan lah perkara utama yang MH nak kongsikan di sini. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, iaitu Isaac Voo Kai Meng merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah tau.

[Gambar] Idol Pertama Berasal Dari Malaysia, Isaac [In2it] Balik Kampung!

Apabila peminat mendengar berita kehadiran kumpulan yang terdiri daripada 8 orang ahli iaitu Jiahn, Yeontae,Inho, Hyunuk,Isaac, Inpyo, Jinsub dan Sunhyun ini, rata-rata mereka mengatakan bahawa ‘Isaac balik kampung’.

Dalam pada itu, MH juga lihat bahawa walaupun Isaac sudah lama berhijrah ke Korea Selatan, dia masih tidak lupa asal usulnya kerana masih boleh berbahasa Malaysia.

Dia juga mengejutkan para peminatnya (IN2U) apabila menyanyikan lagu ‘Gemilang nyanyian Jaclyn Victor semasa showcase kumpulan tersebut di Malaysia.

Nyanyian beliau mendapat sambutan peminat yang turut ‘sing-along’ dan juga ahli kumpulan In2it yang lain.

Sementara itu, Isaac juga turut berkongsi bahawa buah kesukaannya adalah durian. Ini baru betul orang Malaysia kan? Katanya lagi, dia juga ingin ahli kumpulannya yang lain untuk turut merasai keenakan raja buah tersebut.

Di sini MH kongsikan gambar-gambar kumpulan tersebut di Malaysia.

   

   

IKLAN