Selepas kecoh gara-gara dikatakan makan katak lalu ia dimuat naik menerusi Instagram, pelakon Gambit Saifullah awal malam tadi menjelaskan mengenai situasi yang dilaluinya ketika ini.
Difahamkan, bintang itu sedang mengikuti latihan di sebuah lokasi berhutan.
“In the jungle. Survivor camp-Trainee in training. Stop judging and be a better #Muslim!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sejak semalam, ramai netizen mempersoalkan mengenai tindakannya yang makan katak buat kali yang pertama. Malah, momen tersebut turut dikongsi gambit menerusi Insta Stories miliknya.
Pelakon Idzham Ismail ada menitipkan janjinya buat keluarga tercinta. Titipan kata itu turut dikongsikan pelakon tinggi lampai ini menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia berjanji untuk menjadi suami yang boleh diharapkan isteri dan anak, serta akan sentiasa berada di samping yang tersayang setiap masa.
Malah, pelakon drama rantaian Pia ini juga turut mengharapkan perkara sama dari isteri tercinta.
“Saya post gambar ni sebab isteri saya kata this is the most beautiful picture dalam pandangan dia.
“Saya pernah berjanji untuk menjadi orang yang paling boleh diharap untuk isteri saya. Orang yang dia boleh bergantung. Orang yang tolong keluarga dia,” tulis Idzham.
“Orang yang dia tahu saya ada bila dia perlukan bila bila masa. Orang yang jaga kemewahan dia dan anak anak.
“Saya akan jadi seperti yang saya janjikan sebelum kita kahwin dulu. Jangan pernah lupa janji kita sebelum kita akad menjadi suami Isteri dulu. Amin InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Pelakon, Norman Hakim menitipkan nukilan istimewa buat ibu mentuanya, Allahyarham Norlela Abdul Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober lalu.