Uncategorized

[GAMBAR] Gara-Gara Buat ‘Parti Petai’, Ramai Yang Idam Farahdhiya Jadi Calon Isteri. Luculah!

Share

Penyanyi Farahdhiya telah memuat naik sekeping foto di Instagram yang menyaksikan dirinya sedang memotong beberapa papan petai.

Gambar itu juga disertakan kapsyen yang sekaligus menyebabkan ada netizen memberikan komen secara bergurau buat penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu.

“Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak? Party petai namanya ni!! Thanks for the petai! U know who u are #kopekpetaisendiri,” tulisnya.

Susulan itu, foto tesebut telah dihujani pelbagai komen yang mahu menjadikan Farah sebagai calon isteri.

Sementara itu, penyanyi berdarah kacukan England itu juga sering berkongsi resepi masakan dengan menggunakan hashtag #fdcooked.

Amboi! Setiap lelaki pastinya mengidamkan seorang isteri yang pandai masak. Betul tak?

IKLAN