Uncategorized

[GAMBAR] Elok Dan Bijak, Adik Fatiya Latiff Sudah Pun Bergelar Doktor Pada Usia 25 Tahun!

Share

Tahniah MH ucapkan buat adik kepada pelakon, Fatiya Latiff, Fasiha Latiff yang sudah pun menamatkan pengajian di dalam jurusan perubadan di Trinity College, Dublin yang membawa gelaran Doktor baru-baru ini. Meski baru berusia 25 tahun, namun pencapaiannya turut mendapat perhatian dan pujian netizen.

Malah menerusi Instagram, kakak juga turut memuat naik beberapa keping foto pada sesi graduasi adiknya itu.

Fasiha juga menitipkan kata ringkas dengan kejayaan yang diraih.

“Alhamdulillah, finally a doctor,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.

Kakaknya juga ada memberi ucapan sama pada pertengahan Jun lalu di IG. Jom ikuti beberapa keping foto yang dikongsikan.

Foto: Instagram Fasiha Latiff/ Fatiya Latiff

 

 

 

IKLAN