Uncategorized

[GAMBAR] “Diam-Diam Selit Hadiah,”- Fad Bocey Beri Kejutan Pada Isteri Sempena Hari Jadi, Sweet!

Share

Pelawak terkenal Fad Bocey telah meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, Syaheera yang ke-24 tahun malam tadi.

Menariknya, momen indah tersebut dikongsikan Syaheera di akaun Instagramnya.

Meraikan majlis secara kecil-kecilan di sebuah restoran bersama keluarga, Syaheera telah berterima kasih kepada suaminya itu atas kejutan yang diberikan.

“Terima kasih suami meraikan ulang tahun mommy yg ke-24 .paling best sebab semua ada depan mata mommy .anak2 behave smalam sbb daddy dh pesan hrini kita raikan mommy. .semuanya benda yg mommy suka .bwk mommy makan thai food, tulisnya. 

Dalam pada itu, bekas pelajar MSU itu juga tidak mengharapkan hadiah yang terlalu mahal, cukup sekadar mengikut kemampuan diri sahaja.

“Kalau lah ikutkn nafsu mmg mcm2 hadiah nk mntk tpi sebelum pkir nafsu baik pkir masa depan .kita dh janji nk cantikkan rumah kita kan .dia dh kantoi whatsapp org lv nak hadiahkn beg la kononnya tapi sorry la sy bukan jenis pakai beg mahal .rasa tak mampu jgn beli dri beli ja tpi duit kt dlm nipis .standard sy hanya beg popcorn..

so terbatal la niat suami nk suprise beg .tpi senyap2 ada jgk dia selitkan suprise hadiah jam utk mommy .jujurnya mommy dh syukur dgn apa yg daddy bagi selama ni,” tulisnya lagi. 

Selain itu, Syaheera juga berdoa agar hubungan kekeluargaannya sentiasa diberkati Allah S.W.T

“moga Allah lipat kali gandakan rezeki daddy dgn apa yg daddy bgi dkt mommy dan anak2 .. cukup daddy selalu ada utk kami .tu pun dah bahagia keluarga kita .moga bertambah rezeki kita sekeluarga,” tambahnya.

Susulan itu, gambar tersebut telah dihujani komen dari netizen yang memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Foto : Instagram Fadbocey

IKLAN