Uncategorized

[GAMBAR] “Dia Lagi Hebat Walaupun OKU,”- Mimi Fly Kongsi Kisah Ibu Berkerusi Roda, Buat Ramai Sebak

Share

Penyanyi Mimi Fly telah berkongsi sekeping foto bersama ibunya di Instagram baru-baru ini.

Gambar yang dimuat naik Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham itu telah menimbulkan rasa sebak di kalangan netizen yang boleh ‘merasakan’ luahan sedih dari penyanyi berkenaan. 

“Kalau korang jumpa saya depan2 pun korang akan rasa saya mcm tinggi mengalahkan supermodel. Padahal saya 171cm je pun. Tinggi sket je dari average height asian women kan… Tengok gambar ni betol2….korang rasa kenapa saya “nampak” tinggi…

Kaki mama saya pun mama saya bagi kat saya. Saya ni harapan dia untuk melangkah lebih jauh. Capai yang lebih tinggi.

Dia cakap kalau dia percaya dia lebih hebat biarpun dia OKU.
Apa alasan saya kalau saya tak sehebat dia….?

Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Kita tak sama yang penting sama-sama seiringan. Macam ni,”tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai dalam ruangan gambar tersebut. 

Mimi juga turut berkongsi momen indah bersama keluarga apabila makan malam bersama. 

 Foto : IG Mimi Fly 

IKLAN