Uncategorized

[GAMBAR] Cantiknya Bila Mulan Jameela Sudah Bertudung Sejak Pulang Dari Palestin, Mahu Lelong Semua Pakaian Seksi Lamanya!

Share

Penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi yang juga isteri kepada karyawan muzik Indonesia Ahmad Dhani, Mulan Jameela sudah pun mengumumkan dirinya sudah mengenakan tudung baru-baru ini.

Lalu, dia kini sudah merancang untuk menjual dalam acara lelong terhadap baju-baju lamanya yang pastinya seksi! Pendedahan tersebut dilakukan selebriti ini menerusi sebuah portal hiburan tempatan.

Dia yang sudah mengenakan tudung sejak April lalu selepas pulang dari Palestin bersama suami itu turut disambut baik para peminat.

“Masih banyak koleksi seksi. Jadi kebetulan saya memang dari dahulu suka menghadiahkan baju kepada kenalan. Adakalanya memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik dan saudara mara,” katanya seperti yang dipetik.

Malah, ada juga rakan-rakannya yang mencadangkan agar dia melelong baju-baju yang sudah dipakai lagi.

Sementara itu, perubahan imej Mulan juga dikatakan turut didorong oleh semangat dan sokongan suami yang meminta isterinya itu untuk tampil berhijab, seiring dengan syariat Islam.

Foto: Instagram Mulan Jameela

IKLAN