Categories: Uncategorized

[GAMBAR] Cantik Dan Segak : Ini Foto Perkahwinan Ude Wahid & Izreen Azminda, Romantisnya!

Share

Pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid ada berkongsi foto perkahwinan mereka sebentar tadi. Foto sekitar sesi fotografi telah pun dikongsikan Izreen menerusi Instagram miliknya.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan dilangsungkan malam ini di sebuah lokasi di Melaka.

Mengambil latar serba putih , Izreen kelihatan sangat cantik menggayakan gaun polos, manakala Ude segak berbaju Melayu dalam rona sama.

Ini merupakan antara foto yang telah pun dimuat naik Izreen.

Berlatarbelakangkan pelamin berwarna kuning bak diraja, ia menaikan lagi seri ‘pengantin baru’ itu.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos tahun lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapa Izreen, Mohd Aznam Mohd Noor. Sama cantik sama padan bukan?

Foto : Instagram Izreen Azminda

IKLAN