Uncategorized

[GAMBAR] “Bulu Hidung Terkeluar Sehelai Pun Akan Jadi Isu,” – Reaksi Netizen Fasal Shaheizy Sam Konon Bertindik, Warna Rambut

Share

Gaya terkini pelakon versatil, Shaheizy Sam yang terbang ke Russia bersama ahli keluarga bagi menonton perlawanan Piala Dunia mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Masing-masing memberikan pendapat terhadap penampilan pelakon Polis Evo itu yang tampil dengan rambut diwarnakan serta seakan bertindik di bahagian hidung dan telinganya.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naiknya menerusi Instagram, netizen menyatakan rasa tidak puas hati malah ada yang bersikap positif terhadap penampilan aktor terbabit sejak beberapa hari lalu.

Tidak kurang yang turut berkata, setiap apa yang dilakukan selebriti kini perlu dititik beratkan kerana sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi isu.

Foto: Instagram Shaheizy Sam

 

IKLAN