Categories: Uncategorized

[GAMBAR] “Biar Gemuk, Tapi Ketiak Jangan Hitam,” – Kata Nabila Huda

Share

Beberapa hari lalu, pelakon versatil Nabila Huda ada memuat naik sekeping foto dalam posing ‘rare’ beserta dengan kapsyen yang mencuit hati netizen saat berkunjung ke luar negara.

Katanya, dia bosan apabila asyik muat naik gambar yang ‘proper’ sahaja.

“Asyik post gambar proper je.Boring. Caption: “Muka Biar tak cantik,badan Biar gemuk,Tapi ketiak Jangan hitam,” tulisnya sambil disertai dengan tanda palang #thesillysideofme #ciaociaonabila #turkishairlinesmalaysia.

Posting yang sudah pun mengumpul hampir 60,000 tanda suka itu disusuli dengan pelbagai komen netizen yang terhibur dengan kapsyen yang dikongsi pelakon filem Munafik ini.

Apa pun, jom usha sekitar percutian sambil bekerja Nabila Huda ni. Macam best je kan?

Foto: Instagram Nabila Huda

IKLAN