Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini telah menikmati percutian di kepulauan Maldives selama beberapa hari.
Bagaimanapun, berlaku insiden kecil telah menimpa bintang Monalisa itu apabila kaca mata bahagian cakuk sedikit bengkok akibat dari tindakannya terduduk di atas kaca mata hitam berkenaan secara tak sengaja.
“I wanna share something with U.. Baru-baru ni on the way to Maldives, saya terduduk atas spek mata saya dalam flight.
“Habis la bengkok dia punya cangkuk. Saya pun terkial-kial la nak kasi elok balik, tapi after awhile I gave up sebab takut kang patah pulak, sia-sia je,” kongsi Nazim.
Bagaimanapun, Nazim terus ke kedai cermin mata setibanya transit di Colombo, Sri Lanka untuk membaiki bahagian kaca mata yang rosak itu.
“Dipendekkan cerita , masa transit kat Colombo, saya terus pegi carik kedai cermin mata dengan harapan, boleh la kot mintak tolong staff situ betulkan.
“Staff yang jaga tu sorang pakcik dalam umur 50-an. Saya pun tunjuk la cermin mata saya pastu tanya sama ada dia boleh tolong.
“Digodek-godeknya spek mata saya dalam 5 minit and wallllllllllaaaaaah, elok balik. Yey! Saya nak bayar dia boleh cakap “it’s ok, keep your money, it’s just a small matter” I replied “thank U sir, may God bless U” . “May God bless U too” he said,” maklumnya.
Namun situasi yang berlaku di antaranya bersama insan berkenaan di lihat jauh lebih dari hanya sekadar bantuan membetulkan kaca mata.
“I know it sounds just like an ordinary simple story. However if U look from another perspective, it clearly shows that genuine and kind people still exist.
“U have no idea how I was smiling cheek to cheek after that.It’s wonderful how a simple act of kindness could make someone’s day. He made my day and I believe he felt glad he helped a stranger like me too.
“Dalam dunia hari ni di mana kita selalu dengar / baca berita pasal keganasan, negativiti, gosip dan sebagainya yang tak elok, it’s a relief to know that our world isn’t just that. Kind and genuine people still exist. If U can’t find one, be one,” tulis Nazim panjang lebar.
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, menerusi Mingguan Wanita edisi Julai, ada berkongsi mengenai perkembangan dirinya sekeluarga kini.
Mengabadikan foto bersama anak daranya, Marissa Dania Hakim untuk muka depan majalah berkenaan, bintang berusia 41 tahun ini turut bercerita mengenai didikannya buat anak-anak.
Difahamkan, meski Abby membenarkan wajah anaknya digandingkan bersama dalam penggambaran, namun itu tidak bermakna dia memberi lampu hijau sepenuhnya buat anak-anak untuk menceburi bidang seni.
“Sebenarnya saya tidak menggalakkan anak-anak masuk ke dalam industri seni. Anak saya terutamanya Danish suka dan minat benda-benda seni tetapi saya tidak menggalakkannya. Saya mahukan dia menjadi manusia yang beriman.
“Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya. Begitu juga dengan Danisha,” ujar Abby seperti yang dipetik.
Kini sedang hamil anak keempat, pelakon Gerak Khas 2019 ini juga mendedahkan, dia benar-benar berharap agar semua anak-anaknya mampu menghafaz ayat suci al-Quran.
“Semua anak-anak saya perlu menghafal al-Quran,” katanya menanam cita-cita.
Abby kini mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.
Terdahulu, hasil perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim, Abby dianugerahkan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Foto: Instagram Abby Abadi/ Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rihana Oksana memaklumkan, anaknya Tengku Ismail Leon, Petra jatuh sakit. Sekalig gus, menjadi minggu menyedihkan buat ibu cantik ini.
Menurut Rihana menerusi perkongsian terkini menerusi Instagram, Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga.
Malah, Rihana turut mengakui ia terjadi atas kesilapannya sendiri kerana gagal menyelimutkan anak kecil itu menggunakan selimut tebal sejurus mandi.
“Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya.
“Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi.
“Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow.
“Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon,” maklumnya.
Pada masa sama, Rihana juga terpaksa memberikan ubat antibiotik yang kuat pada Leon. Malah anaknya juga tidak berselera makan selain sukar untuk tidur atas masalah yang dihadapi.
“Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran.
“Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit.
“Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon.
“Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja.
“Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh.
“Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon.
“Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang?
“Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?,” tanya Rihana.
Sebelum ini, satu portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail ada melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November.
Difahamkan, pasangan tersebut turut dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.
Terbaru, teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
Foto: Instagram Rihana Oksana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.