Uncategorized

[GAMBAR] Bertemakan Fairy Tales, Happening Sambutan Hari Jadi Mia Sara Ke-13!

Share

Pejam celik, pejam celik, pelakon Mia Sara Nasuha kini sudah meningkat dewasa.

Sekali gus, menjadikan Mia seorang remaja Muslimah yang cantik dan manis.

Menariknya, Mia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 tahun semalam di Kuala Lumpur.

Bertemakan fairy tales, birthday girl itu tampil mengenakan gaun berwarna biru turquoise.

Turut hadir bersama memeriahkan majlis tersebut adalah ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan peminat cilik Mia.

Wah! Grand juga sambutan hari jadi Mia ni kan? Semuanya happening dan ceria.

Apa-apa pun, MH ucapkan happy birthday Mia, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam industri hiburan ya!

IKLAN