Anak pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Bertemakan animasi Inggeris seperti Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series dan Baby Series, setiap momen indah itu dikongsikan Julia di Instagram.
Ads
Memilih jurufoto terkenal Camora Arts Official, Tun Alayna Zeeya kelihatan tenang sambil menutup matanya apabila fotonya dirakam.
Ads
Sementara itu, netizen meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut.
Ads
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Foto : Instagram Dr Puteri Julia Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun sudah tidak bergelar suami isteri lagi, pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman tetap menyanyangi bekas isterinya, Kumala Dewi Anas.
Perkara tersebut dimaklumkan pelakon berusia 39 tahun itu apabila dia memuat naik foto throwback hitam-putih ketika sama-sama meraikan hari jadi Kumala dua tahun lalu.
Malah, Boy menyifatkan, bekas isteri ialah insan yang paling disayangi selepas ibunya.
“25hb Ogos adalah tarikh keramat bagi saya setiap tahun kerana selama 14 tahun ini pada tarikh tersebut saya akan meraikan Birthday wanita yang kedua paling saya kasihi selepas mak saya, @iamida77 seorang isteri dan mama kepada anak2 saya.
“Walaupun kini kami sudah tidak bergelar suami isteri lagi, dia dihati saya tetap sama, kasih dan sayang saya pada dia takkan berubah.
“Buat masa nilah, akan datang tak berani nak cakap.
“Jadi di hari ulangtahun kelahiran dia hari ini saya nak ucapkan selamat hari jadi, happy birthday, Allah selamatkan kamu.
“Semoga panjang umur, rezeki diberkati, sihat tubuh badan, bahagia dunia dan akhirat..ameen,” tulisnya.
Dalam pada itu, Boy tetap menganggap bahawa bekas isterinya itu seorang yang berhati mulia dan penyanyang.
“I akan tetap menganggap u wanita yg terbaik i pernah kenal dan pernah ada. Yang sentiasa ada disisi i susah dan senang, duka dan gembira, sakit dan sihat, diuji dan menguji, bila2 masa sahaja u ada.
“Yang menjadikan sapa i hari ini, Yang membuatkan i gemuk, i bahagia, i hensem..u la. Jangan sekali pun u pikir i akan tinggalkan u, hilang dari u, tak jaga u kerana itu semua takkan terjadi selagi u hidup, selagi anak2 i ada dgn u termasuklah nyawa i, #norulemmer.
“Ni gambar 2 tahun lepas, tahun ni punya celebration antara kita dan anak2 blm lagi..otw..Happy Birthday sayang, oma opa onak! U are my sunshine after the rainbow, i love u so much i love u so!,” akhiri Boy.
Terdahulu, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman turut merakam foto bersama peguam Syariah, Dato Zaidi bagi mengendali kes perceraiannya di Instagram.
Sebelum ini, Boy dan isteri pernah bercerai dua kali iaitu pada 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum habis tempoh edah.
Untuk rekod keduanya berkahwin pada 11 November 2011 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer yang kini berusia enam tahun.
Kumala sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan Ku Ivy Emmera berusia 19 tahun.
Foto : Instagram Boy Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan ‘perang mulut’ yang berlaku di antara dua rakan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida gara-gara isu penjagaan ikan Kelah dan kedalaman sesebuah kolam, akhirnya isteri kepada Aliff memberikan reaksi.
Meninggalkan komen menerusi IG TV suaminya dua hari lalu, Datin Seri Shahida yang baru sahaja pulang ke tanah air dari fardhu haji memaklumkan, tindakan yang dilakukan adalah sesuatu yang kurang bijak.
“Yang pergi selam pun x bijak,yg dok compare2 kolam rumah orang pun x bijak, yg sibuk duduk sibuk hal orang pasal kolam pun x bijak, yg komen lebih2 pun x berapa nak bijak.
“Orang lain punya kolam yg orang lain sibuk gaduh…bukan masalah besar pun,” tulisnya bersama ribuan tanda suka dari pengguna media sosial lainnya.
Menerusi IG TV yang dikongsikan Aliff, suaminya itu ada menyediakan kayu panjang sebagai bukti untuk mengukur kedalaman kolam ikannya.
Malah, Aliff turut mendakwa kolam cetek yang sebelum ini diperkatakan bukanlah kolam yang memuatkan ikan kelah yang mati baru-baru ini.
Pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan seorang pengacara yang terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Noor Neelofa Mohd Noor atau sinonim dipanggil Neelofa telah memberi kata-kata ucapan patriotik.
“I can’t imagine a world without nasi lemak, teh tarik, roti canai or basically anything I can get at any hour.
“I am proud to celebrate as a Malaysian with the culture and history we pride on. Selamat Hari Merdeka! #merdeka #sayangimalaysiaku,” tulisnya bekas juara Dewi Remaja 2010 ini.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...