Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Mohd Amin yang bergelar usahawan kosmetik ada berkongsi foto bersama seorang wanita yang dipanggil adik, Dr.Affa Rovna.
Malah, perkara itu dikongsikan Joy menerusi akaun Instagramnya.
“Tak puas spend time dgn my lil sister Affa smlm.
“Rindu sgt… insyallah nanti kakcik dtg kat Sabah pula spend time dgn Affa,” tulis Joy sambil disertakan swafoto bersama gadis manis itu.
Pelakon dan pengacara, Puteri Sarah Liyana berkongsi berita sedih diatas pemergian neneknya, Azizah Bee malam tadi.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada Shamsul Yusof menerusi Instagramnya.
“Buat nenek saya , Azizah Bee bte Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون,” tulisnya.
Memberi respon kepada kenyataan Sharifah Sakinah yang meluahkan kekecewaan setelah diminta memberi promosi secara percuma di laman sosial oleh sebuah portal berita, Shahrulezad mempersoal tindakan pelakon itu yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Ulasnya, sebagai seorang pelakon, tidak salah sekiranya seorang dia mempromosikan hasil lakonan sendiri, tanpa perlu ada sebarang bayaran.
“Kalau tanya abam. Apa salah nya kalau artis membantu sama mempromosi hasil lakonannya secara percuma. Artis yg ada follower yg ramai kena ingat tanpa TV mungkin anda tidak akan sepopular sekarang.
“Jangan pandang kat mana anda berada sekarang, cuba anda throwback zaman masa anda takder saper yg kenal dan tengah terkial kial mencari peluang berlakon di stesyen,” tulisnya.
Tegasnya, stesen televisyen banyak berjasa memperkenalkan selebriti sehingga mampu membina kerjaya dalam industri.
“So jasa TV terhadap kejayaan anda mengumpul follower atau popularity tidak wajar dipandang remeh. Artis bukan lahir jer dlm industri terus dengan popularity yg mencanak. TV juga melainkan peranan dalam kejayaan karier anda sekarang.
“Kalau drama lakonan anda tinggi ratingnya hasil promosi percuma yg anda lakukan siapa yg untung kalau bukan artis tu sendiri.
“Follower juga makin bertambah begitu juga dengan peluang berlakon yg semakin mewah sbb anda tak berkira. So it’s consider a win win situation sebenarnya,” ulasnya lagi.
Malah pengarah Nur ini turut menyelar tindakan segelintir pelakon yang seolah-olah lupa diri apabila telah diberi peluang dan berjaya mencipta nama.
“Ini sekadar pendapat abam jer lah. Mungkin Kinah terlepas pandang tentang hal ni rasa abam. *Sama situasinya bila ada artis baru yg bertemu dgn abam, merayu rayu diberi peluang berlakon sebab dia tahu peluang tu sangat penting untuk dia. Tup tup bila dah diberi peluang. Nama dah ada. Follower dah makin mencanak.
“Bila production abam approach dia balik first perkataan yg keluar dari mulut dia ialah oh rate saya sekian sekian ribu. Take it or leave it. Manakala masa ko mula mula nak berlakon dulu.
“Wardrobe ko pun ko pinjam dgn aku sebab tak der budget nak beli baju. Haaaa… Ko ghaser? Apa abam nak buat dengan artis lupa diri macam ni? Hehehehe,” jelasnya panjang lebar.
Rata-rata netizen setuju dengan pandangan pengarah terkenal ini dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.
Terdahulu Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal dan meminta pandangan pengikutnya sama ada perlukah dia mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di Instagram miliknya.
Foto : Instagram Shahrulezad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua diperkatakan ramai menerusi media sosial. Malah perkata tersebut turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi dan Instagram.
Sementara itu, petang tadi telah diberitakan Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah dibenarkan pulang seterusnya perlu menjalani tempoh berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran permata hati ketiga.
“Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift. Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula @red_miller_midwife and everyone who was involved.
“I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough. Lots of love from us,” tulis Che Puan Khaleeda.
Malah, berita sama turut disampaikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, pengguna media sosial turut merakamkan ucapan tahniah buat pasangan diraja berkenaan.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda bernikah pada 2014.
Pasangan ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebelum selamat bersalin putera kedua.
Foto: Instagram Che Puan Khaleeda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...