Usahawan dan anak kenapa pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang diberi nama Taraa Camila.
Menurut Nadia, bayi perempuan tersebut dilahirkan seminggu awal dan telah diletakkan di bawah penjagaan rapi. Namun, Taraa kini dilaporkan sudah semakin baik.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi beberapa gambar Taraa untuk tontonan pengikutnya di laman Instagram.
Ads
Ads
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji kecomelan anaknya itu.
Ads
Terdahulu, Nadia telah mendirikan rumah tangga dengan Hamzah Alang Azman Shah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Nadia Nasimuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan kelakuan biadap seorang lelaki yang mengganggu pekerja sebuah pasar raya gara-gara mengedar ‘tester’ minuman keras di bahagian ‘non-halal’.
Video tersebut telah menimbulkan rasa marah di hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.
Katanya, individu tersebut telah memalukan bangsa Melayu dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali berkongsi video nyanyian padu rakan baiknya, Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah untuk lagu Haram di Semi Final Muzik Muzik 33 semalam.
Susulan itu, Hael membalas komen Nabila itu dengan memanggil penyanyi lagu Pematah Hati itu ‘love’.
“Thank love,” balasnya.
Ternyata, mata peminat pantas menangkap komen mereka dan mengatakan kedua-duanya sangat ‘sweet’.
Sebelum ini, hubungan akrab antara Nabila dan Hael sudah lama dihidu peminat namun kedua-duanya lebih selesa mengatakan mereka hanya berkawan baik.
Malah Hael juga pernah mengakui bahawa hubungannya dengan Nabila adalah istimewa namun bukan dari sudut percintaan. Apa-apapun, kalau ada jodoh antara mereka, adalah tu kan? Doa yang baik-baik aja.
Foto/Instagram: Nabila Razali/ Hael Husaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi korang yang terlepas cerita-cerita hiburan tempatan semalam, jom MH recap antara lima cerita yang best semalam.
1. Permintaan Datin Alyah Terhadap Isunya Dengan Suami, Datuk Ramli MS
Jika sebelum ini penyanyi Datin Alyah ibarar ‘mengamuk’ di akaun Instagram berhubung isu rumahtangga dengan suami, Datuk Ramli MS.
Bagaimanapun, Alyah berterima kasih atas segala komen yang diberikan dan lebih berminat untuk terus fokus pada kerjayanya selepas ini.
2. Kesetian Cinta ChaCha Maembong Dengan DJ Kelab Malam
Meskipun berlainan bangsa dan agama (Sarawak-Iban), namun ia bukanlah penghalang buat pelakon Chacha Maembong untuk meneruskanpercintaan dengan kekasihnya, Lesllie.
Lesllie yang bekerja sebagai DJ di kelab malam kini sudah menjalinkan hubungan dengan Chacha selama tiga tahun.
3. Tahniah! Abam Bocey Bakal Terima ‘Abam Junior’
Berita gembira ini dikongsikan pelawak, Abam Bocey apabila dia mengumumkan isterinya, Siti Norhidayah Ali kini mengandung anak sulung mereka melalui ‘buku pink’ khas untuk ibu mengandung.
4. Luahan Anak Rita Rudaini, Mahu Bapa Barulah!
Rita Rudaini baru-baru ini telah berkongsi foto di akaun Instagramnya beserta kapsyen (perbualan dengan anaknya dalam kereta).
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila anaknnya, Airit Rayyan Rizqin menginginkan ‘daddy’ baru sebagai teman untuk bermain bola.
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.