Bekas anggota kumpulan Boy’z dan pelakon asal Hong Kong, Steven Cheung Chi-hang kini berdepan detik sukar apabila diarahkan keluar dari rumah sewanya selepas dilaporkan gagal melunaskan tunggakan bayaran selama lebih sebulan setengah.

Menurut laporan media tempatan, penyanyi berusia 40 tahun itu bersama isterinya, Au Yin Man dan empat anak mereka menerima notis penamatan sewaan daripada tuan rumah selepas gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah HK$15,000 (RM8,200) yang telah tertunggak sejak Mei lalu.

Situasi kewangan yang semakin menghimpit mendorong Cheung mencari kerja sambilan demi menampung perbelanjaan isi rumah yang dianggarkan mencecah HK$30,000 sebulan.

Difahamkan, Cheung melakukan pelbagai kerja seperti penghantar makanan, pemasangan kabel, kerja pembinaan ringan serta mengedar risalah sebagai usaha untuk menjana pendapatan segera.

Ads

“Sekarang, kami hanya ada enam hari sebelum perlu keluar dari rumah ini. Saya buntu dan tidak tahu ke mana harus dituju. Tahun ini, ulang tahun kelahiran saya umpama satu pengakhiran,” luah isterinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Gagal Bayar Sewa Rumah, Penyanyi & Pelakon Bakal Diusir Bersama Keluarga

Lebih menyayat hati, keluarga kecil itu kini dilaporkan tidak mempunyai alternatif tempat tinggal lain sekiranya benar-benar diarahkan mengosongkan rumah tersebut.

Ads

Beberapa pihak kebajikan tempatan dilaporkan sedang meneliti kemungkinan membantu keluarga tersebut mendapatkan perlindungan sementara sekiranya pengusiran berlaku.

Terdahulu, Cheung mencetus kontroversi apabila mengumumkan perkahwinannya bersama Au Yin Man pada 2019, tidak lama selepas menyertai semula industri hiburan menerusi kumpulan Boy’z.

Ads

Sejak itu, beliau dilaporkan bergelut dari segi kewangan dan sering memohon bantuan kerja daripada kenalan industri dan peminatnya.

Selain bergelar penyanyi, Steven juga turut bergelar pelakon dan membintangi pelbagai drama dan filem. Walaupun begitu menurut daftar lakonannya, kali terakhir karyanya ditayangkan adalah pada tahun 2020.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI