Uncategorized

Fynn Jamal Kongsi Lagu Untuk Sakti Di IG, Buat Bulu Roma Netizen Meremang

Share

Kalau dulu penyanyi, Fynn Jamal pernah membuat lagu untuk anak sulungnya, Bakti Arjuna yang bertajuk Arjuna Beta. Kali ini Fynn telah mencipta lagu untuk anak keduanya, Sakti Kencana.

Tersentuh hati MH bila mendengar bait-bait lirik yang ditulis oleh Fynn buat Sakti. Setiap lirik mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Lagu ini dikongsikan oleh Fynn menerusi akaun Instagramnya dan walaupun lagu itu tidak dapat didengar sepenuhnya sehingga habis namun sudah cukup membuat bulu roma setiap pendengar meremang tambah lagi lagu ini diberi kesan bunyi guruh dan muzik yang sungguh mendayu.

Di ruang kapsyen pula, Fynn juga turut berkongsi lirik lagu untuk Sakti.

“mestilah ada. cuma belum masanya. sakti sama tara dgn abangnya.

.

untuk sakti.

semoga dia jadi pemberani.

kerana dia luar dari biasa.

tak akan sama dengan sesiapa.

———————————

sakti.

.

guruh memanggil namamu

bintang menjatuh kernamu

seluruh alam memandang

wujudmu terlalu terang

.

jalan terus, jangan takut

garang mana petir ribut

selama tuhanmu ada

tak mungkin engkau tercela

.

engkau datang, wahai sakti

setelah lama bonda menanti

.

hiduplah kau tanpa gentar

hadaplah dunia dengan sabar

berundur di masa yang perlu

bertempur hanya untuk tuhanmu

.

kerna engkau penuh sakti

tak semua mampu memahami,” tulis Fynn.

Rata-rata pengikut Fynn dilihat sangat teruja dengan lagu untuk Sakti ini dan tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut, malah ada juga yang tersentuh hingga mengalirkan air mata.

syazwani_zn: Can’t wait for it. Nanges dgr

qaisara_fathiya16: ya allah…bestnyanya lagu..bait2 kata sgt indah…

sameeeerraaa: Uuuuuuuu intro pun bergetar dengar aihhh

vtyzndn: Alunan dy… naik bulu roma aku wehh @aidafahana sama mcm memula dgr lagu juna dulu

njannah_zainal: Ya allah meremang dengar…xsaba tuggu lagu nie

sungjekyo88: Knpe rs sebak dgr lagu nie wlaupn intro? X sabar dgr full.

Jom kita dengar sikit lagu untuk Sakti yang Fynn kongsikan di Instagram.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

IKLAN