Nampaknya isu tentang produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor 1023C7WA hangat diperkatakan di media sosial.

Kononnya produk ini telah menimbulkan pelbagai keraguan terhadap kesahihan produk di kalangan ibu-ibu dan pengguna produk Dutch Lady apabila salah seorang pengguna mengadu anaknya sakit akibat pengambilan susu ini.

Sejurus menerima aduan, pihak Dutch Lady telah menjalankan siasatan termasuk menghubungi pelangan tersebut dan menjalankan semakan terperinci.

Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

IKLAN

Fobia Dengan Kes Susu Dutch Lady? Ini Step Paling Mudah Untuk Ketahui Produk Itu Sahih Atau Tidak!

Dalam masa yang sama, Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

“Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Tambahnya lagi, penyebaran maklumat yang telah dibangkitkan berhubung pembungkusannya yang tersebar di media sosial sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan pengguna juga tidak tepat. Sebaliknya ia telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu.

IKLAN

MH tahu, pasti ramai ibu bapa mula bimbang dan takut jika terbeli produk palsu. Jangan risau, untuk mengelakkan kekeliruan, pihak Dutch Lady juga telah mengajar MH bagaimana untuk mengetahui produk Dutch Lady sahih atau tidak.

Sebelum membeli, pastikan produk yang di pegang mempunyai 4 ciri seperti di bawah…

IKLAN

Fobia Dengan Kes Susu Dutch Lady? Ini Step Paling Mudah Untuk Ketahui Produk Itu Sahih Atau Tidak!

  • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
  • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
  • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
  • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih

Sekirannya ada sebarang keraguan, orang ramai disarankan serta digalakkan untuk merujuk dahulu kepada pusat perkhdimatan pelanggan Dutch Lady untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI