
Pelakon, Datin Diana Danielle muat naik foto perkahwinannya bersama suami tercinta, Datuk Farid Kamil di laman Instagramnya, semalam.
Di ruangan kapsyen pula terselit bait-bait cinta khas buat suami.
“Flawed, broken & tired- life throw everything at you -and more- and then some- until you are beaten.
“But lying on that ground (with you), is a peace I can take in. Till next wave #patienceisblessing,” tulisnya.
Susulan itu, diruangan komen dipenuhi dengan doa-doa netizen agar pasangan itu kekal bahagia selalu.
Farid dan Diana berkahwin pada November 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Foto/Instagram: Datin Diana Danielle