Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul MenifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 nanti.
Menurut Datuk Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.
“ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan.
“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.
“Album terbaharu @CTNurhaliza11
3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,” tulisnya.
Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.
Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.
Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.
Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.
Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pelbagai genre drama dapat disaksikan muncul di kaca televisyen, terutama terbitan produksi luar negara.
Namun, dalam variasi genre yang diketengahkan, drama bercorak santai dan cinta komedi dilihat masih menjadi pilihan ramai.
Perkara ini diakui sendiri pelakon popular kelahiran Thailand, Mark Prin.
Menurut Mark, drama bersiri yang mempunyai plot santai lebih mudah diterima penonton berbanding genre lain.
Pemilik nama lengkap, Prin Suparat, 30, itu turut menambah, ia dibuktikan menerusi sambutan hangat drama terbaharu lakonannya yang berjudul My Husband In Law dalam kalangan peminat di Malaysia.
“Pada pendapat saya, memang benar drama bergenre santai dan komedi mudah untuk diterima penonton. Tetapi, jika dilihat dari skop yang lebih luas, drama My Husband In Law ini lebih kuat pengisian plotnya berbanding drama bergenre berat lain.
“Hal ini kerana, mungkin drama yang turut dilakonankan oleh Mew Nittha ini mempunyai banyak babak yang menarik sehingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menonton,” katanya.
Drama yang sedang hangat diperkatakan oleh penonton ini mengisahkan seorang lelaki bernama Thienwat yang terpaksa berkahwin dengan wanita yang bukan pilihannya, Moei.
Meski tidak pernah menaruh hati terhadap Moei, namun pintu hati Thienwat akhirnya terbuka menerima apabila melihat kesungguhan wanita itu mencintainya.
Sementara itu, Mew Nittha, 29, yang pernah bekerjasama dengan Mark sebelum ini menerusi drama Rak Nakara berkata, dia begitu senang bekerja dengan lelaki itu kerana sikapnya yang penyabar dan tenang.
“Kami pernah bekerjasama dalam Rak Nakara. Cuma, ketika itu, kami hanya melakonkan beberapa babak sahaja. Saya suka bekerja dengannya sebab dia merupakan seorang yang tenang.
“Kami juga saling membantu antara satu dengan lain jika kami terpaksa berhadapan dengan babak yang sukar ketika penggambaran.
“Walaupun nampak mudah, tetapi apa yang boleh saya katakan, drama ini memang sukar untuk dijayakan,” katanya.
Drama My Husband In Law kini boleh distrim di Dimsum Entertainment.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai berita, Izwan Azir Saleh berkongsi beberapa panorama menarik Tambak Johor yang kelihatan cukup tenang dan kosong selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.
Sengaja merakamkan detik bersejarah itu di laman peribadi miliknya, jelas Izwan, kali terakhir Tambak Johor ditutup adalah pada Julai 1964 selama empat hari akibat rusuhan kaum di Singapura.
“Biar jadi kenangan.
“Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru.
“Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari.
“Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas.
“Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942,” kongsinya.
Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, sunyi dan sepi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.
Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.
Foto : Instagram Izwan Azir Saleh & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.