Filem Dukun sememangnya menjadi buah mulut orang ramai minggu ini. Apa taknya, selepas 12 tahun akhirnya filem tersebut akhirnya ke pawagam bermula hari ini.

Namun begitu, MH difahamkan bahawa ada banyak isu berbangkit terjadi dalam usaha filem tersebut ke layar perak kerana ada dakwaan mengatakan jalan ceritanya boleh memesongkan akidah.

‘Filem Yang Hebat, Orang Akan Takut’ – Faizal Hussein

IKLAN

Bagaimanapun, pelakon, Faizal Hussein menyangkal dakwaan tersebut.

IKLAN

“Kalau anda tengok filem ini, boleh nampak sama ada ia memesongkan akidah atau tidak. Pada saya, biasalah bila satu cerita yang hebat, orang akan takut.

“Mungkin takut jika filem tersebut boleh mengancam kedudukannya dalam mana-mana anugerah akan datang kan.

“Tapi pada saya, semua ini rezeki daripada ALLAH SWT, dan sudah ditentukan bahawa 5 April (hari ini) Dukun dapat temui penonton di pawagam jadi kita ikut ketentuan itu,” katanya ketika ditemui di Tayangan Ekslusif Dukun bertempat di TGV KLCC, semalam.

Dalam pada itu, Faizal turut memberikan pandanganya mengenai filem itu yang ‘bocor’ di media sosial baru-baru ini.

IKLAN

‘Filem Yang Hebat, Orang Akan Takut’ – Faizal Hussein

“Saya selalunya fikir positif dan bila terjadinya perkara itu (bocor) buatkan saya terfikir sama ada ia merupakan strategi pemasaran atau memang terbocor.

“Tapi kalau tengok filem yang bocor tu, babak akhirnya tergantung jadi mereka yang tonton filem ini di pawagam akan lebih faham keseluruhan jalan cerita.

“Cuma pada saya, kalau nak lebih puas hati kena tengok lah filem ini di pawagam,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI