Uncategorized

Filem Rugi, Shah Rukh Khan Kena Bayar Ganti Rugi?

Share

Tidak semua yang kita mahu lakukan terjadi seperti apa yang dirancang. Itulah yang berlaku pada pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan baru-baru ini.

Seperti yang semua tahu Shah Rukh baru sahaja selesai mempromosikan filem terbarunya Jab Harry Met Sejal.

Melihat poster filem ini sahaja MH Online rasa ia sangat menarik dan kami fikir pasti ia sangat romantik dan menghiburkan.

Malah lokasi pengambaran yang digunakan juga turut membuatkan filem ini nampak sungguh cantik dan menarik!

Namun ternyata semua itu hanya andaian kami. Nampaknya melalui laporan Bollywood Life, filem ini sebenarnya tidaklah ‘menjadi’ seperti yang dibayangkan.

Sebaliknya ia menjadi salah satu filem yang merugikan sehingga hero filem tersebut terpaksa membayar ganti rugi yang dialami oleh pelabur filem berkenaan.

Menurut Sumber dipetik oleh Astro Awani, filem ini kemungkinan besar akan menyebabkan Shah Rukh Khan terpaksa menanggung kerugian dan ini bukanlah kali pertama berlaku.

Sebelum ini Shah Rukh Khan juga turut dikatakan telah dikenakan denda untuk membayar semula kegagalan mereka terhadap filem Dilwale biarpun filem ini mendapat sambutan hangat di Malaysia.

“Shah Rukh Khan mungkin terpaksa membayar sejumlah wang untuk menampung kerugian yang dialami oleh pelabur filem berkenaan.

“Filem itu juga dikatakan mengalami banyak kerugian disebabkan kurang promosi dijalankan berbanding filem-filem yang lain.

 

“Ini merupakan kekecewaan berganda buat Shah Rukh Khan kerana tahun lalu filem Dilwale juga mengalami kerugian sehingga dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu,” lapor Astro Awani.

Walau bagaimanapun, isu ini masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus lagi.

Haishhh berginilah nasib pelakon-pelakon Bollywood dalam dunia hiburan mereka sebenarnya, nasib baiklah Malaysia tak seperti ini.

IKLAN