Syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu dan Bea Tanaka, akan mengadakan Tayangan Khas untuk filem terbaharu berjudul magiK di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama sepanjang dua bulan, mulai bulan September sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.
Tujuan tayangan khas ini ialah untuk berkongsi filem dengan para penonton sekaligus menyaksikan Yasu Tanaka selaku pengarah dan penulis skrip filem asal Jepun ini bersama isterinya akan turun padang di semua lokasi terpilih.
MagiK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.
Mengulas konsep tayangan khas ini, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran untuk menonton filem ini.
“Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai “closed caption” yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
“Ia memaparkan kisah orang kampung di Kampung Kuantan, Kuala selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”
Ads
“Kami amat berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Untuk tayangan ini kami telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk melibatkan komuniti pekak.
“Kami juga telah menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama JPN Perak,” katanya.
Tanaka menambah, magiK bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip, tetapi turut mengajak penonton menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran.
Naskhah ini juga adalah filem kedua arahannya selepas Nota yang ditayangkan di panggung pada 2015.
Sementara itu Yasu menambah, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi di seluruh tanah air.
Ads
“Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem “magiK” yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Tayangan khas ini membabitkan lokasi di Warung Adri, Kuantan pada 16 September ini, disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan Space08000, Sungai Petani (29 September). Tayangan khas di Trengganu akan diadakan di tepi pantai dengan konsep Wayang Pacak.
Selain itu, lokasi tayangan khas di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh (14 dan 15 Oktober) Tiga lokasi tayangan khas ini akan melibatkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
Ads
“Tayangan khas magiK di YMCA KL, adalah sebahagian dari sambutan International Deaf Day. Jadual tayangan khas akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober.
Filem magiK mengisahkan mengenai Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa pelancong melihat kelip-kelip.
Ibu mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.
Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya, berkelip dan terbang dengan cara tertentu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi pemilik kucing, telatah ‘Si Bulu’ ketika di rumah ada kalanya memang mencuit hati.
Malah, ada ketika kita tidak mampu untuk melarang sebaliknya hanya merelakan sahaja segala tindak tanduk mereka disebabkan rasa sayang.
Terbaharu, perkongsian video daripada pelakon, Nabila Huba bersama kucingnya, Akiko menarik perhatian ramai pihak.
Video yang dikongsikan di dalam Instagram itu memaparkan Nabila sedang menikmati bijirin coklat sambil berkongsi susu bersama kucingnya di dalam satu mangkuk yang sama.
“Akiko pun nak sibuk juga. It’s okaylah. Sharing is caring,” tulisnya.
Anak kepada penyanyi, Amy Search itu dilihat amat bersahaja dan tidak terganggu dengan tindakkan kucingnya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan tersebut selain turut menyifatkan Nabila sebagai pemilik kucing yang sangat penyayang.
“Aku suka dia berlakon, masak dan sayang kucing dia. Senang cerita memang aku sayang Abil.
“Orang kalau dah sayang kucing macam anak sendiri, memang macam ni lah. Aku pun macam tu. Masa nak berbuka dioarang ikut panjat meja nak berbuka sekali.
“Bagi pencinta kucing, kami tiada istilah geli kalau share makan dengan kucing.
“Tak mengapa, dalam Islam kucing ni haiwan yang suci termasuk air liurnya. Jadi, tiada masalah,” antara komen-komen netizen.
Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan mengenai aspek kebersihan mengenai tindakan kucing tersebut.
“Teringin nak macam ni dengan kucing saya tapi bila teringat dia suka sangat jilat punggung bini dia, tak jadi nak share,” kata seorang individu.
Lantas, Nabila meminta semua pihak agar berfikir secara berlebihan kerana menyifatkan penyakit boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
“Tak payah fikir sampai ke siti kot. Jauh sangat tu fikir. Kalau nak sakit atau nak mati, bila-bila pun boleh. Tak perlu tunggu kucing jilat bontot,” balasnya.
Terdahulu, video berkenaan telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokal kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Leez Rosli telah pun selamat bersalin anak kedua mereka pada jam 8.30 pagi tadi.
Aepul, 33, berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
“ I’ve got a new rocking partner,” tulisnya dalam satu hantaran lainnya pula.
Perkongsian itu juga nyata membuatkan para peminat serta rakan selebriti tumpang sama ucapkan syukur seterusnya mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha.
Foto: Instagram Aepul Roza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak kelimanya, 19 Disember lalu, usahawan Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi sikap anak keempat, Yusoff Al Qardawi yang seakan-akan ‘cemburu’ dengan adik bongsu.
Bagaimanapun jelasnya lagi menerusi Instagram, anak lelakinya itu kini kian memahami dengan kehadiran orang baru di sisi, Raudhah Arshiyah.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah! First day je dia nampak baby dia nak keracak (cakar).
“Sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham, tapi jgn pgg baby lama2 sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan,” tulisnya.
Lalu, entri berkenaan turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen dan ada turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata seelum ini iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...