Ads

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

Membintangi filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ yang mengetengahkan mengenai konflik perkahwinan di usia muda tidak sesekali membuatkan pelakon, Tissa Biani gentar untuk memasuki fasa berumah tangga.

Menurut Tissa, apa yang berlaku di dalam filem hanyalah sebuah penceritaan dan setiap manusia berhak menentukan jalan hidup mereka sendiri.

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

“Filem ini tidak membuatkan saya takut untuk ke alam perkahwinan. Setiap manusia punyai pengalamannya masing-masing. Apa yang saya lalui ini hanyalah sebuah karya filem.

“Secara peribadi, saya tidak pernah memasukkan apa yang berlaku di dalam filem ke kehidupan peribadi.

“Saya akan kekal profesional. Apa yang diceritakan di dalam filem, biarlah kekal di dalam filem sahaja. Saya tidak akan terlalu berfikir secara berlebihan,” katanya kepada MH.

Pelakon Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ yang berlangsung di TGV KLCC, pada Rabu.

Fokus Kerjaya

Ditanya bilakah dia dan teman lelakinya yang juga anak kepada pemuzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani bakal mendirikan rumah tangga, Tissa memaklumkan mereka kini sedang memberikan tumpuan terhadap kerjaya masing-masing.

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

Ads

“Pada saya, ketika ini, memang bukan waktunya untuk kami mendirikan rumah tangga kerana masing-masing sedang memberikan fokus terhadap kerjaya sendiri.

“Usia kami juga masih muda. Rasanya tidak perlulah terburu-buru. Biarlah saya fokus dalam bidang lakonan dan Dul dengan muziknya. Kita tunggu sahaja sehingga masanya tiba nanti,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Tissa turut mendedahkan cabaran terbesar berlakon di dalam filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih ini adalah ketika dia dituntut untuk melontarkan dialog di dalam dialek Sunda.

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

“Saya sebenarnya bukanlah orang Sunda. Saya berketurunan Jawa. Ketika saya menerima tawaran filem ini, saya dituntut untuk bercakap di dalam bahasa Sunda.

Ads

“Sudah pastinya pihak produksi menyediakan sesi latihan dan bengkel dialog bersama guru dialek yang mahir berbahasa Sunda. Mereka mengajar saya sehingga fasih.

“Bengkel tersebut diadakan selama tujuh hari dan sesi pembacaan dialog pula selama sebulan,” kongsinya lagi.

Kerap Kunjungi Malaysia

Berkongsi mengenai pengalamannya sepanjang berada di Malaysia, Tissa menyifatkan bandar ini tidak asing buat dirinya dan sudah dianggap seperti rumah keduanya.

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

“Saya memang kerap datang ke Malaysia. Ia sudah seperti rumah kedua saya. Malah, saya juga baru sahaja pulang daripada Malaysia kerana ada penggambaran iklan. Hari ini, saya kembali lagi.

Ads

“Acara tayangan perdana filem saya juga banyak diadakan di sini. Rasanya kalian tidak perlu terlalu mencari-cari saya kerana saya pasti akan kembali lagi selepas ini.

“Saya juga punyai saudara di sini. Jadi, saya kerap bercuti di Malaysia,” akhirinya.

Terdahulu, Dilanjutkan Salah Disudahi Perih merupakan sebuah filem terbitan Soex Entertainment dan diedarkan oleh Horizon Film Entertaiment.

Filem arahan Benni Setiawan ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Oktober ini.

Filem ‘Dilanjutkan Salah Disudahi Perih’ Buat Tissa Biani Takut Nak Kahwin? Ini Reaksi Tuan Badan

Selain Tissa, filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih ini turut membariskan pelakon seperti Kevin Ardilova, Mikha Tambayong dan Ibrahim Risyad.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.