Pelakon popular, Nora Danish merupakan seorang artis yang sering mendapat perhatian netizen. Apa saja yang dilakukan pasti netizen akan memerhati dan memperkatakan tentangnya.

Sudah menjadi adat artis menjadi bahan kritikan peminat di laman sosial.Terdahulu, Nora juga pernah dikritik mengenai fesyennya dengan menyamakan baju raya yang dipakainya dengan alas meja dan baju tidur.

Kini, sekali lagi Nora menjadi bualan peminat gara-gara seluar jeans yang koyak agak terdedah sehingga menampakkan sebahagian pahanya kepada umum.

Fesyen Rabak Nora Danish Dikecam

Fesyen Rabak Nora Danish Dikecam

Gambar yang dimuat naik Nora di Instagram bersama suaminya yang memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut serta paha mendapat ribuan komen sejak dimuat naik dua hari yang lepas.

IKLAN

Selain itu, jeans yang dipakai oleh Nora terlalu banyak koyak sehingga dikatakan rabak dan netizen mengatakan ia agak seksi dan keterlaluan. 

Pelbagai komen negatif dilemparkan malah ada yang mencadangkan Nora supaya pergi ke kedai membaiki seluar jeansnya. Ada juga yang mengatakan seluar pengemis lagi elok daripada apa yang dipakai oleh Nora.

Fesyen Rabak Nora Danish Dikecam

IKLAN

Walaupun begitu, ada juga yang memberi pandangan positif. Ianya cuma trend terkini dan ramai menyukai simple look Nora.

Trend ini agak popular dan pasti ada antara anda juga pernah berfesyen sebegitu bukan?

 

IKLAN

Sebagai selebriti memang akan sering dikritik dan dikecam jika ada saja yang tidak kena di mata peminat. Memang susah nak puaskan hati semua pihak tapi apa yang dipakai bukanlah apa mencerminkan diri kita. Yang penting, Nora Danish tetap stylo. 

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI