YouTubers terkenal, Syahmi Sazli ada berkongsi sedutan drama terbaru hasilannya, Drama Serius: Kisah Silam Lelaki (Asif bawa watak serius!) menerusi Instagram.
Katanya, ini kali pertama bintang utama drama spontan, Asif yang membawa watak serius. Malah kali ini, remaja istimewa itu turut berpandukan skrip, berbeza seperti kebiasannya yang dilakukan secara spontan.
“First time Asif berlakon serius/sedih. Feeling molek dio. Kena buat sambungan ke? Siapa belum tgk lagi, boleh tgk di Youtube: Syahmi Sazli,” tulisnya sambil disertakan dengan potongan drama terbabit.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata penonton Drama Spontan menyifatkan lakonan Asif yang mendukung watak serius sebagai satu percubaan yang baik.
Bagaimanapun tak kurang yang terhibur dengan lakonan menerusi drama yang sudah pun ditonton hampir 700,000 kali itu.
Ads
Ads
Sebelum ini, menerusi saluran YouTube sama, Syahmi turut berkongsi drama yang menyaksikan Yoe Parey mendukung watak serius.
Foto: Instagram Syahmi Sazli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi menegaskan bahawa seorang isteri yang berjaya mereka yang bijak menjaga maruah dan kehormatan suaminya.
Kongsinya, ada beberapa kriteria yang perlu ditegaskan sebagai seorang lelaki yang bergelar suami agar tidak mudah ‘jatuh’ ke tangan wanita lain atas sebab-sebab tertentu.
“Buleh tak nk membebel sekejap? Dah pernah cakap dah pasal hal ni, tapi nk ulang lagi sbb takde siapa yg menegur, makin berleluasa mcm takde segan silu dah… Tapi sebelum tu, nak kenalkan ni Suami Sy @jaiezzany kotlah belum ada yg kenal hihi.
“IKHTILAT. Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu di elakkan, peluk apatah lagi ye.
“Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak2 sekalipun di sentuh, dipeluk oleh sesiapa sahaja yg bukan mahram mereka, dgn mcm2 alasan utk menghalalkan cara, “takpe.. dah anggap mcm Abg, takpe mcm adik sendiri.. takpe mcm keluarga bla bla bla..” itulah permulaan yg membuka kepada pintu2 kemungkaran.
“Dan bila dah bergelumang dgn perkara2 mungkar (maksiat) mcm tu, rezeki pun jadi tak berkat. Bila rezeki tak berkat, akan bermulalah perkara2 yg tak sepatutnya. Yelah.. syaitan dah menang. Fahamkan?,”tulisnya.
Malah, bintang drama Gerak Khas ini mengakui dia pernah berada dalam bidang seni dimana terpaksa bersentuhan dengan lelaki yang bereglar suami orang dalam sesebuah babak.
“Saya lalu jalan tu dulu. Sy kerja dalam bidang yg membuatkan Sy tak jaga/peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal haram segala sbb syaitan meriah disitu sana sini. Suami org buat mcm suami sendiri.
“Isteri org selamba je lelaki lain pegang laga2 pipi. Tunang org pun buleh di dukung2, anak dara org buleh cium2 dahi, pegang2 tangan, silang2 kaki lagiii.
“Aduh duhhh duhhh.. maksiat besar besaran & terang terangan sangat tu yg mendatangkan kemurkaan ALLAH huhu… tp sebab dah biasa tengok, nampak mcm perkara biasa, mcm takde pape kan?,” kongsinya.
Bagaimanapun, Abby kini mulai sedar dan menyeru orang ramai khususnya wanita agar mempertahankan hak sebagai seorang isteri untuk menjaga kehormatan suami.
“Jadi skrg… bila dah perasan, dah faham apa yg perlu dijaga.. jadi Sy usaha nk kita sama2 menjaga juga. Supaya pengakhiran kita nanti bukan dalam maksiat ye anak2, adik abang kakak makcik pakcik ye.
“Saling mengingatkan & berpesan2 kerana ALLAH. Bukan bermakna Sy sempurna.. tp utk perbaiki diri bersama ye. Oklah tu je nk cakap. Selamat Hari Jumaat,” akhirinya.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.