Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengesahkan dia kini sudah selesai menjalani tempoh edah selepas lebih dua bulan berpisah dengan bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin turut menitipkan kata-kata semangat yang ada kaitan dengan situasi dialami menerusi ruangan kapsyen.
“Setiap pengakhiran adalah permulaan terhadap segala-galanya,” tulisnya menerusi hantaran foto yang memaparkan dirinya sopan cantik mengenakan persalinan serba putih.
Ads
Fazura pada masa sama turut meletakkan beberapa tanda pagar (hashtag) iaitu #bismillahirrahmanirrahim #ketenanganku #endofIddah #alhamdulillah #loveallaround.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti mendoakan yang terbaik buat Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya semoga terus dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa dilindungiNya.
Imbas kembali, pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Ads
Mereka bagaimanapun berpisah dan membawa haluan masing-masing pada 7 Oktober lalu.
Hasil perkongsian hidup, Fazura dan Fattah dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada Januari tahun hadapan.
Namun apa yang menarik perhatian MH adalah, meski sarat hamil Nabila Razali masih mengekalkan penampilan dan kecantikkan miliknya, lebih mengagumkan adalah kulit mulus bak remaja yang dimiliki olah pelantun suara yang popular dengan lagu ‘Pematah Hati’ ini.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada Jumaat sukses dengan kehadiran lebih 1,500 peminat setia penyanyi itu.
Konsert jelajah ini diadakan bersempena pelancaran album sulung Aina yang berjudul Imaji, tahun lalu.
Jelas Aina, pembikinan album dan penganjuran konsert ini sangat penting buat trajektori kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya sangat terharu dengan sokongan anda. Ini adalah kali pertama saya mengadakan konsert jelajah bersempena pelancaran album sulung.
“Pada zaman ini, untuk punyai album sendiri sememangnya agak susah. Namun, jika saya ingin dikenali sebagai penyanyi dan penulis lagu yang punyai pakej lengkap, saya perlu ada album sendiri.
“Kerana itulah terciptanya album Imaji. Ia terlahir daripada rasa kecewa, keraguan diri sendiri dan kecaman,” katanya sewaktu memberikan ucapan di atas pentas.
Pada masa sama, penyanyi lagu Semalam ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak termasuk para peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya.
“Saya hanyalah manusia biasa. Saya akan sentiasa terdengar kata-kata sumbang itu. Disebabkan perkara ini juga, saya jadi sangat bersyukur dengan sokongan daripada peminat.
“Tidak mudah untuk menyokong artis yang mengadakan konsert jelajah. Namun, anda tetap hadir menyokong saya. Ini adalah projek yang sangat susah sepanjang saya bergelar anak seni.
“Saya harap usaha saya ini dapat memberikan inspirasi kepada penyanyi-penyanyi baharu seperti saya untuk turut sama punyai showcase album sendiri,” ujarnya.
Katanya lagi, kejayaan mengadakan konsert jelajah ini sekali gus dapat menepis pandangan segelintir pihak yang merasakan dia belum layak untuk mengadakan konsert sendiri.
“Sewaktu mula-mula saya berhasrat nak mengadakan konsert sendiri, pernah sekali saya terdengar suara-suara yang mempersoal kenapa saya nak buat konsert.
“Kata mereka, saya tidak punyai lagu yang banyak. Pada saya, itu adalah pandangan yang sangat cetek. Syukur, saya tidak mendengar kata-kata tersebut.
“Minat saya adalah untuk membuat persembahan. Itu adalah akar umbi saya. Sebagai penghibur, kita memang kena buat persembahan,” akhirnya.
Menerusi konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Aina telah membawakan 18 buah lagu termasuk karya-karya yang dimuatkan di dalam album Imaji seperti Kamu, Puas Sudah, Jangan Mati Rasa Itu, Menua dan banyak lagi.
Pada konsert kali ini, Aina tampil dengan tiga persalinan yang direka khas daripada pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Melinda Looi, Ezuan Ismail dan Wan & Mary.
Pada penghujung konsert, Aina tampil membuat kejutan dengan mempersembahkan lagu Jangan Mati Rasa Itu di ruangan penonton.
Aina Abdul Imaji Tour bakal diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), 11 Januari depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian foto dan video daripada usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial menjadi sorotan warganet pada Khamis.
Ini kerana Aliff dan isterinya,Datin Seri Nur Shahida dilihat selesaimelunaskan tanggungjawab sebagai Muslim yang baik dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Meluahkan rasa syukur, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menitipkan dedikasi mengenai perkara itu di Instagram.
“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama-sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
“Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Jesteru marilah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.
“Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat pagi tadi di Wisma PKPS Shah Alam.
“Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dan hantaran sama turut dikongsikan Shahida.
Selain pasangan usahawan sensasi ini, turut kelihatan pada majlis sama ialah Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang turut hadir menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sebelum ini, Aliff pernah diisytihar sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan meninggalkan reaksi positif terhadap apa yang dikongsikan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu.
Malah hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...