Fattah, Fazura Berangkat Tunai Umrah

Sebelum ini, MH banyak mendengar spekulasi mengenai pasangan sensasi, Fattah amin dan Fazura yang kononnya telah melangsungkan pernikahan di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi. Betul ke?

Menerusi sebuah kenyataan hari ini, pihak pengurusan Fazura mengumumkan bahawa Fazura sudah pun berangkat ke tanah suci Mekah bersama Fattah disertai ahli keluarga masing-masing.

Dilihat keduanya memakai pakaian serba hitam dan telah berangkat ke tanah suci jam 12.30 tengah hari tadi.

“Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan. 

 

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

 

“Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

 

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” -Fattah Amin & Fazura”

 

Sekian, Terima Kasih.

Fattah juga turut memuat naik entri di Instagram mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan dia dan Fazura.

“Salam semua terima kasih kepada yang mendoakan kami ampun dan maaf jika ada tersalah kata atau laku doakan kami selamat pergi dan balik. Kami juga akan mendoakan kalian.” Ujarnya

Kami di MH turut mendoakan urusan Fattah dan Fazura dipermudahkan.

IKLAN

Pasti ramai yang tidak sabar ingin mendengar kenyataan mereka berdua di majlis sidang media nanti.

Jom #MHBelanjaGambar pasangan sensasi ini ketika berangkat.

IKLAN

Kredit foto : TheFA_TEAM