Nampaknya nama pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dikatakan enggan muncul dalam program MeleTOP yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad walaupun pada awalnya dia sendiri sudag berada di belakang pentas.

Fattah dikatakan sudah bersiap sedia untuk muncul. Namun, tiba-tiba mengambil keputusan untuk menarik diri.

Situasi berkenaan juga sempat dirakam jurufoto, Aqo Imran yang berada di dalam studio menampakkan Fattah sudah berada disana.

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Terdahulu, pihak produksi telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam episod rancangan hiburan popular itu.

IKLAN

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Malangnya, mereka terpaksa membuat permohonan maaf saat akhir ketika rancangan itu sedang ke udara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir atas urusan yang tidak boleh untuk dielakkan.

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Dalam pada itu pengurus salah seorang pengacara bertugas pula dalam laman Insta stories miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional kerana tidak mahu munculkan diri.

IKLAN

Walaupun tidak menyatakan siapakah individu terbabit, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan situasi berkenaan.

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

IKLAN

Gara-gara sikap Fattah yang tidak profesional apabila enggan bertemu Neelofa, aktor itu dihentam teruk oleh netizen. Rata-rata berkata Fattah seorang yang penakut dan sebenarnya dia yang tidak dapt move on dengan pengacara cantik itu.

Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Pada Mei yang lalu juga, Fattah juga pernah dikecam kerana tidak hadir ke program tersebut dengan alasan tiada sebarang arahan untuk menjadi tetamu.

Hmmm agak-agaknya apalah alasan Fattah ya? Tetapi tidak mungkin Fattah dengan sengaja datang dan balik begitu sahaja bukan? Mungkin benar Fattah mempunyai urusan kecemasan.

Sama-sama kita nantikan tuan punya badan memberi penerangan mengapa berlaku seperti ini.

kREDIT FOTO : IG aqoimran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI