Pelakon dan penyanyi Fattah Amin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didakwa telah menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menegaskan, pihaknya tidak memandang ringan terhadap perkara yang berkaitan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan serta saluran undang-undang.

“Sebenarnya saya pun tak perasan dengan isu tersebut, pihak pengurusan saya yang ambil maklum mengenai perkara terbabit.

“Ada peminat yang prihatin juga memanjangkan perkara itu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ambil perhatian mengenai perkara ini,” jelasnya.

Menurut Fattah, pihak pengurusannya telah mengambil langkah yang difikirkan terbaik terhadap apa yang berlaku.

“Apa yang saya boleh katakan, perkara yang tak elok, perkara yang boleh timbulkan fitnah, itu pihak pengurusan saya akan ambil tindakan, jika perlu memang kita akan gunakan landasan undang-undang.

Ads

“Perkara itu sedang diuruskan oleh pihak pengurusan saya ketika ini dan tindakan undang-undang diambil kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah, daripada fitnah itu boleh jatuh kepada perkara-perkara yang lebih teruk dan selepas itu timbul cerita yang tak betul,” katanya lagi.

Fatah yang juga penerima trofi Selebriti Maskulin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) berkongsi perkara itu pada sidang media AMT 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Fokus Karier, Bukan Kontroversi

Ditanya sama ada isu itu memberi kesan kepada imejnya, pelakon Lelaki Melayu Terakhir ini menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan.

“Saya akan terus bekerja untuk peminat dan klien saya. Sama ada ia beri kesan atau tidak, saya harus tanya kepada pihak pengurusan saya.

Ads

“Jika pihak pengurusan rasakan perkara terbabit boleh memberikan kesan kepada karier saya, jadi tindakan undang-undang bakal diambil,” ujarnya lagi.

Fattah juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya.

“Daripada apa yang diberitahu oleh pihak pengurusan saya, ya, memang ada segelintir… segelintir (pihak yang sengaja calarkan imej).

“Tapi negara kita ada undang-undangkan, jadi kita tak perlu takut,” katanya yang turut menyifatkan, isu sebegini bukan perkara baru dalam dunia hiburan.

Ads

“Saya rasa ini lumrah, kita sebagai anak seni, takkan terlepas daripada perkara gosip dan kontroversi. Tak boleh nak harap dalam masa 10 ke 15 tahun semuanya positif dan baik-baik.

“Ada juga perkara sebegini. Kadang-kadang tak semua orang senang tengok kita, melihat kejayaan kita.

“Tapi apa yang saya boleh katakan, saya akan terus bekerja,” jelas Fattah sambil menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segala isu yang tidak berasas kepada pengurusannya untuk diselesaikan secara profesional.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads