Ads

Fattah Amin dan Fazura Di MeleTOP Tanpa Neelofa

Pelakon utama drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Fazura muncul dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP semalam bagi mempromosikan drama yang sedang mendapat sambutan luar biasa itu.

Namun, kehadiran mereka tular di laman media sosial gara-gara kehadiran Fattah dan Fazura ke rancangan tersebut tanpa pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad.

Fattah Amin dan Fazura Di MeleTOP Tanpa Neelofa

Rancangan mingguan popular Astro Ria MeleTOP tersebut mengantikan Neelofa dan Nabil dengan Siti Nordiana dan Iman Muda Asyraf.

Sewaktu di Meletop, keserasian Fattah dan Fazura kelihatan begitu serasi dan selesa di program tersebut. Dengan memakai sedondon berwarna kuning, peminat memuji kemesraan mereka berdua lebih-lebih lagi Fazura memanggil Fattah ‘Encik Suami’.

Ads

Fattah Amin dan Fazura Di MeleTOP Tanpa Neelofa

Bagaimanapun ketiadaan Neelofa dan Nabil semalam telah menyebabkan akaun Instagram @meletop dihujani puluhan ribu komen daripada peminat.

Mungkin cuma kebetulan sahaja kehadiran Fattah di MeleTOP sama dengan tarikh Neelofa tiada di Malaysia.

Ads

Namun, ada juga netizen bersedih kerana berasakan mungkin Neelofa menjauhkan diri untuk tidak mahu bertemu dengan bekas kekasihnya di program tersebut. Namun kita sedia maklum Neelofa ke tanah suci adalah untuk mendapatkan ketenangan di bulan mulia ini.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kesudahan kisah ini sekiranya mereka bertiga betul-betul muncul dalam episod yang akan datang.

Ads

Kisah sensasi Lofattah ini seperti tiada habisnya, nantikan pertemuan mereka pada 1 syawal nanti di dalam Suri Hati Mr Pilot raya untuk semua peminat yang merindui mereka berdua bersama.

 

 

Sumber : MeleTOP

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.