Uncategorized

Fatin Afeefa Didakwa Bercium Dengan Kekasih?

Share

Nampak foto yang dikatakan mirip pelakon dan juga bekas isteri Adam Shahz, Fatin Afeefa bercium dengan kekasih bertebaran di media sosial kini.

Menurut Fatin, dia tidak mengetahui kewujudan foto tersebut dan dia masih waras untuk tidak berbuat demikian.

Memetik laporan mStar Online, dia berkata sangat terkejut apabila dituduh sebagai wanita dalam gambar tersebut bercium bersama kekasih.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram.

 

“Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.

 

 

“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,” katanya.

Semalam, ruangan gosip sebuah akhbar tempatan telah memaparkan penyebaran foto seorang wanita yang dipercayai seorang janda bercium dengan kekasih.

Dalam masa sama, Fatin juga berkata ada individu cuba menfitnah dirinya berdasarkan kenyataan yang diberi dalam artikel tersebut.

“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.

Malah, Fatin juga berkata dia mengetahui ini kerja siapa. Namun, dia akan cuba bersabar terlebih dahulu. Sekiranya pihak tersebut melampau batas, Fatin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

Terdahulu, Fatin dan Adam telah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun.Namun bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu.

Sumber : mStar Online

IKLAN