
Walaupun hanya sekejap meluangkan masa bersama Nur Fatima, kerinduan pelakon Fattah Amin terhadap anak perempuannya itu tetap tidak pernah padam.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, juga berharap agar anaknya itu tidak bersedih, kerana kasih sayang dan cintanya kepada Fatima akan kekal sampai bila-bila.
Selamanya Sayang
“Fatima, jangan bersedih walaupun tadi (semalam) ‘daddy’ memeluk dirimu sejenak saja.
“Yang perlu kamu tahu, hati ‘daddy’ memelukmu selamanya,” tulisnya menerusi hantaran terkininya di Instagram.
View this post on Instagram
Posting Jadi Sorotan
Hantaran berkenaan juga pantas menjadi sorotan warganet sehingga ruangan komen dihujani dengan reaksi yang pelbagai. Antaranya;
“Terima kasih Mummy tolong jagakan anak Daddy dengan baik dan sempurna.”
“Alhamdulilah… Semoga Allah SWT terus pelihara kasih sayang ini hingga ke syurga.”
“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Dapat juga Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih ayah buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga.”
“Muka Fattah Amin. Selalu anak first mesti copy paste wajah ayah. Allah Yang Maha Bijaksana.”
“Alhamdulillah. Both happy. Dapat hilang rindu walau sekejap. Tak tahu kenapa sedih tengok gambar ni.”
Imbas kembali, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada 7 Oktober tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI