Uncategorized

Fathia Latiff Mohon Diberi Peluang Temubual Bersama Perdana Menteri

Share

Semalam MH ada berkongsi kisah pelakon wanita popular, Fathia Latiff yang menerima pujian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Matahir Mohamad kerana kagum dengan keberanian pelakon itu yang sering bersuara tentang beberapa hal untuk kebaikan.

MH juga turut kagum dengan Fathia yang berani bersuara walaupun dirinya sering dikecam netizen.

Dalam pada itu, semalam MH ada terlihat satu tweet Fathia yang mengimpikan peluang untuk temubual bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pernah interview Tun sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak? pleassee? I promise i’ll be good ?,” tulis Fathia.

Kagum MH melihat keinginan Fathia ini. Bukan senang untuk kita melihat golongan muda yang juga merupakan seorang selebriti mempunyai impian untuk berjumpa dengan perdana menteri untuk sesi temubual.

Namun seperti biasa, Fathia tidak dapat lari dari pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen.

Walaupun ramai yang mengecam hasrat Fathia itu namun ada juga yang memuji keberaniannya dan menyokong hasratnya untuk bertemu dengan perdana menteri.

Apapun MH doakan impian Fathia tercapai dan terlaksana. Agak-agaknya apalah soalan yang Fathia nak tanya ya? Tak sabar!

Sumber: Twitter Fathia Latiff

IKLAN