Uncategorized

Fathia Latiff Dah Ada Bodyguard Ke Tu?

Share

Wah, nampaknya tahun 2017 memang tahun yang cukup lasak buat pelakon Fathia Latif. Dari satu isu ke satu isu ada sahaja yang tidak kena.

Sejak terpalit dengan kontroversi menayang aset dan berkemban di aplikasi bigo secara live bersama rakan pelakon, Natasha Elyzza nama Fathia tidak lekang dengan pelbagai kontroversi.

Terbaru, Fathia berkongsi pengalaman pernah diserang oleh seorang lelaki berlagak samseng yang ingin menembaknya berkenaan isu terlalu terbuka bersuara menentang pedana menteri Malaysia.

Isu tersebut membuatkan ramai yang bimbang dengan keselamatan Fathia memandangkan namanya sedang hangat diperkatakan.

Namun baru-baru ini, melalui Instagram, Fathia ada berkongsi sekeping gambar bersama dua orang lelaki yang berpakaian seragam seperti pengawal peribadi.

Melalui kapsyen, Fathia berterima kasih atas kebaikan yang diberikan oleh kedua-dua individu ini.

“Thank you for your kindness :)” tulisnya

Posting ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berkongsi pandangan masing-masing tetang isu ini.

Malah, ada juga yang setuju dengan tindakan Fathia yang mengambil pengawal peribadi untuk memastikan keselamatannya.

Namun ada juga yang mempersoalkan adakah ini pengawal peribadi Fathia yang sebenar atau hanya ‘pinjaman’ sahaja.

Apapun MH juga setuju jika Fathia upah pengawal peribadi untuk sentiasa bersama Fathia buat masa sekarang.

Maklumlah, macam-macam boleh terjadi sekarang lebih-lebih lagi nama Fathia memang sedang hangat diperkatakan.

 

IKLAN