Susulan insiden disapa oleh seorang wanita warga emas yang tidak mengenali dirinya sebelum ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia langsung tidak tersinggung dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal.
Menurut Fasha, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berkunjung ke restoran milik sepupunya.
Katanya lagi, wanita berkenaan datang menyapanya sambil menyatakan hasrat untuk menjodohkan dia dengan cucunya.
“Saya percaya ramai yang tak cam dengan penampilan saya yang terbaharu ini. Ada yang tak perasan dan tertanya-tanya adakah itu Fasha Sandha.
“Mungkin makcik itu tak cam saya sebab ketika itu, saya tidak mengenakan make up. Pada waktu itu, saya sedang buat konten untuk kedai sepupu saya.
“Tiba-tiba dia datang dan kata nak kenenkan saya dengan cucunya. Jadi, saya kongsilah video itu sebagai kenangan,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Anak Mami Kembali itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran outlet terbaharu Kopi Saigon, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fasha menjelaskan dia tidak mahu membesar-besarkan isu tersebut kerana memahami bahawa bukan semua orang mengikuti dunia hiburan.
Ads
“Anak kepada wanita itu ada DM saya bagitahu itu adalah ibunya dan meminta maaf disebabkan insiden itu. Sebenarnya, saya tidak kisah pun jika ada yang tak kenal saya.
“Kita tak boleh nak anggap semua orang di Malaysia ini kenal kita. Ada golongan yang memang tidak menonton drama. Pada saya, itu bukan satu perkara yang mengejutkan,” kongsinya lagi.
Aidil Anggap Lucu
Mengulas lanjut mengenai insiden itu, suami Fasha yang juga pelakon, Aidil Aziz turut menganggap situasi tersebut sebagai momen lucu.
Ads
“Ketika itu, saya sebenarnya ada di belakang Fasha. Saya nampak sendiri momen itu secara langsung di depan mata.
“Pada saya, itu hal yang mencuit hati.
Pada masa sama, saya bangga sebab isteri saya masih kelihatan muda,” ujarnya.
Fasha pada masa sama menegaskan bahawa dia lebih selesa dikenali sebagai orang biasa ketika berada di luar urusan kerja.
“Saya seorang yang mudah sahaja. Saya tidak meletakkan diri saya sebagai selebriti. Ketika bekerja, ya saya seorang artis.
Ads
“Bila di luar, saya ibarat orang biasa sahaja. Saya bebas membuat apa sehaja seperti kerja mencuci, bawa kereta atau pergi pasar.
“Mungkin sebab itu saya nampak lebih dekat dengan masyarakat. Ini bukan diri saya yang sekarang. Sejak dahulu lagi saya saya bersifat sebegini.
“Jadi, saya kekalkan sahaja. Bila saya jadi diri sendiri dan merendah diri, orang akan rasa dekat dengan kita. Namun, saya tidaklah sempurna. Tetap ada kekurangannya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Fasha dan Aidil kini merupakan pemilik cawangan baharu Kopi Saigon di MyTown, Cheras.
Pada majlis pelancaran itu juga, pihak Kopi Saigon memperkenalkan menu terbaharu sempena pembukaan cawangan milik pasangan ini iaitu So Mucha, produk minuman berasaskan serbuk matcha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mencetus fenomena menerusi single Monalisa (Bang Bang) dan P. Ramlee & Saloma, kumpulan boy band, Alpha kini tampil dengan karya terbaharu berjudul Sahabat.
Menurut salah seorang anggotanya, Ariel Fesol, lagu ini dicipta khas sempena kempen Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Astro bertemakan Inilah Kita, Sehati Bersama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ‘Inilah Kita, Sehati Bersama’. Lagu ketiga kami juga baru sahaja dilancarkan.
“Ia satu penghormatan buat kami untuk membawakan sebuah lagu patriotik bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68.
“Walaupun lirik lagu ini tidak terlalu ‘straight foward’ berkaitan patriotik namun, lagu ini banyak menerapkan nilai persahabatan, perpaduan dan berbilang kaum,” katanya kepada MH.
Ariel turut menambah, Sahabat menggambarkan identiti mereka sebagai sebuah kumpulan yang lahir daripada pelbagai latar belakang selepas tamat program Big Stage Alpha.
“Misalnya dalam Alpha sendiri, kami datang daripada pelbagai kaum dan negara. Namun, kami semua mempunyai impian yang sama.
“Lagu ini secara tidak langsung menggambarkan walaupun kami datang dari pelbagai latar belakang, semangat perpaduan ini mampu membawa kami untuk mengejar impian yang kami mahukan,” jelasnya lagi.
Perkara itu dikongsikan Alpha ketika ditemui di acara Hello Inilah Kita: Sehati Bersama yang berlangsung meriah di Pavilion, Kuala Lumpur selama dua hari, dengan kehadiran lebih 10,000 penonton.
Selain Alpha, pentas acara turut dihangatkan dengan persembahan artis tanah air seperti Noryn Aziz, Wani Kayrie, Niki Palikat serta bintang Raise The Star Malaysia iaitu Didie, Zuana dan Rayme.
Para pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan pelakon drama terbitan Astro seperti Thariq Ridzuwan: His Treasure, Mandul Bukan Pilihan dan Generasi: Perfect 10.
Malah, pelakon filem Legasi: Bomba The Movie dan Abah Saya, Uncle Mike turut membuat penampilan istimewa di pentas utama.
Pavilion bertukar menjadi pentas seni yang menyatukan fesyen, hiburan dan semangat kemerdekaan!
Sepanjang bulan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro terus menghadirkan pelbagai program menarik menerusi platform televisyen, radio dan digital.
Raikan semangat Inilah Kita, Sehati Bersama bersama Astro sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl Westcott, berhubung pertikaian pembelian sebuah rumah mewah di Santa Barbara.
Pertikaian tersebut bermula pada 2020 apabila Perry bersama bekas tunangnya, pelakon Orlando Bloom, membeli kediaman berkenaan daripada Westcott yang ketika itu baru menjalani pembedahan belakang dan berada di bawah pengaruh ubat penahan sakit.
Westcott, yang menghidap penyakit Huntington, mendakwa beliau tidak berada dalam keadaan mental yang stabil semasa menandatangani kontrak.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, mahkamah memutuskan Westcott berada dalam keadaan waras ketika urusan jual beli dilakukan.
Perry kini menuntut ganti rugi kira-kira AS$3.25 juta (RM15 juta) atas kerugian sewaan, selain AS$2.29 juta (RM10.6 juta) bagi kos pembaikan kerosakan termasuk akibat pokok tumbang dan banjir.
Anak lelaki Westcott, Chart Westcott, mengkritik tindakan Perry dengan menyifatkannya sebagai “tamak” dan “tidak berperikemanusiaan” terhadap seorang warga emas yang sedang uzur.
Orlando Bloom, yang dikatakan bertindak sebagai pengurus syarikat yang membeli rumah itu, turut menerima kritikan kerana tidak dipanggil memberikan keterangan di mahkamah.
Perbicaraan fasa kedua kes ini dijadualkan pada 21 Ogos ini bagi menentukan jumlah ganti rugi yang akan dibayar.
Kes berprofil tinggi itu turut mengundang perhatian ahli politik yang mencadangkan undang-undang baharu dikenali sebagai Protecting Elder Realty for Retirement Years Act atau Akta PERRY.
Akta tersebut bertujuan memberi tempoh bertenang 72 jam untuk transaksi hartanah melibatkan warga emas berusia 75 tahun ke atas. Walaupun begitu undang-undang ini belum diluluskan dan hanya berada pada fasa usul.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian daripada penyanyi Shiha Zikir beberapa hari lalu menjadi sorotan warganet.
Menerusi sepotong video pendek berdurasi kurang dua minit itu, ia memaparkan Shiha sedang melakukan ‘tour’ di sebuah lot bangunan yang sedang diubah suai dekorasinya.
Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai tujuan video tersebut, namun penyanyi lagu Renjana itu menitipkan penghargaan buat semua doa serta kata-kata baik yang diterima daripada para peminat.
“Insya-Allah tak lama lagi, satu lagi perjalanan baru akan bermula. Shiha akan kongsikan tak lama lagi.
“Terima kasih banyak atas doa yang baik-baik dari kalian semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang meneka apakah bisnes baharu yang bakal diusahakan oleh Shiha.
“Shiha Zikir Nasi Ayam 3 coming,” teka sorang peminat.
“Tahniah sis, pandai you mengatur hidup. Pelan-pelan ada bisnes, tak harapkan menyanyi sangat,” komen peminat.
“Bangannya bos di kalangan wanita. Hebat!,” titip peminat.
“Wow apa tu ek?,” tanya peminat.
“Kak buka kedai baru ke atau office baru? Semoga sukses dalam apa yang kak buat,” antara komen lain yang tertera.
Untuk rekod, Shiha sebelum ini sudahpun memiliki beberapa rangkaian Shiha Zikir Nasi Ayam selain turut menguruskan syarikatnya sendiri, Shiha Zikir Empire Holdings Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.