Aktres Fasha Sandha menyifatkan hubungannya dengan rakan artis, Nur Fazura berada dalam keadaan baik, walaupun dia pernah menerima kritikan hebat kerana menghadiri majlis perkahwinan antara Fattah Amin dan Amira Othman.

Menurut Fasha, isu tersebut hanya diperbesarkan oleh segelintir peminat yang mungkin terlalu beremosi.

Fasha Anggap Hubungan Dengan Fazura Masih Baik, Selesa Jadi Neutral – “Pengalaman Saya Sendiri, Dulu Tak Rapat Dengan Nora Danish, Kini…”

“Sejujurnya saya tidak mahu bercakap lebih kerana bimbang orang akan salah faham. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi sahabat Fazura

“Kami juga masih lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing. Pada pendapat saya, baik Fazura atau Fattah, mereka berdua sudah move on serta ada kehidupan dan kebahagiaan masing-masing.

“Mungkin ada segelintir peminat yang agak beremosi. Mereka ada masa untuk mencari tahu dan siasat tentang followers kami di media sosial.

“Pada saya, Fazura dan Fattah kedua-duanya merupakan sahabat saya yang baik, disayangi ramai dan disanjung tinggi,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Anak Mami Kembali itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama pakaian She Dazzle di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Fasha Anggap Hubungan Dengan Fazura Masih Baik, Selesa Jadi Neutral – “Pengalaman Saya Sendiri, Dulu Tak Rapat Dengan Nora Danish, Kini…”

Ads

Fasha turut berharap agar orang ramai dapat menerima hakikat bahawa Fazura dan Fattah akan kekal sebagai keluarga biarpun tidak lagi bersama.

Fasha Anggap Hubungan Dengan Fazura Masih Baik, Selesa Jadi Neutral – “Pengalaman Saya Sendiri, Dulu Tak Rapat Dengan Nora Danish, Kini…”

“Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Seperti pengalaman saya sendiri, dahulu saya tidak rapat sangat dengan Nora Danish. Ketika ini, kami sudah menjadi keluarga.

“Anak saya merupakan adik kepada anak Nora. Jadi, kami sudah bersahabat. Eloklah kalau peminat doakan yang terbaik kerana Fazura akan selamanya akan menjadi ibu dan Fatima pula bakal menjadi kakak kepada anak-anak Fattah nanti.

“Mereka automatik akan menjadi keluarga. Kita doakan keluarga itu terus harmoni demi anak-anak,” ujarnya lagi.

Pilih Neutral, Doa Yang Terbaik Untuk Semua

Ditanya sama ada dia berhubung dengan Fazura selepas insiden tersebut, Fasha menjelaskan, dia menunggu waktu yang sesuai.

Ads

Fasha Anggap Hubungan Dengan Fazura Masih Baik, Selesa Jadi Neutral – “Pengalaman Saya Sendiri, Dulu Tak Rapat Dengan Nora Danish, Kini…”

“Kami belum berjumpa kerana belum ada majlis bersama. Kalau berjumpa pun, kita akan bersikap normal sahaja. Malah, kami juga belum berhubung selepas kejadian tersebut.

“Rasanya lebih elok jika kita tunggu waktu yang sesuai. Ada perkara tak sesuai untuk diperkatakan menerusi telefon sahaja. Bila ada peluang nanti, kita berjumpa secara berhadapan,” kongsinya lagi.

“Fasha turut menegaskan dia memilih untuk tidak memihak kepada sesiapa dan lebih selesa menjadi individu neutral.

“Saya orang yang neutral. Aidil juga seorang yang tenang dan selalu berpesan, walau apapun yang terjadi, kita jangan memilih mana-mana pihak. Kita baik sahaja dengan semua orang.

Ads

“Hidup kita akan lebih tenang dan harmoni. Nak kata saya baik itu tidaklah. Saya juga masih belajar untuk jadi lebih baik,” katanya.

Sokong Jenama Tempatan

Sementara itu, Fasha teruja dan mengakui dia sudah lama menyokong jenama tempatan She Dazzle kerana kualiti dan rekaannya yang eksklusif tetapi berpatutan.

Fasha Anggap Hubungan Dengan Fazura Masih Baik, Selesa Jadi Neutral – “Pengalaman Saya Sendiri, Dulu Tak Rapat Dengan Nora Danish, Kini…”

“Pada saya She Dazzle merupakan sebuah jenama yang sangat eksklusif dan cantik tapi mampu milik. Paling penting, jenama ini juga sangat berkualiti.

“Kita tak nak harga yang murah tapi tiada kualiti. Walaupun bunyinya agak ‘demanding’, tapi itulah hakikatnya. Koleksi-koleksinya nampak mahal tapi sebenarnya harganya mampu milik,” ujar Fasha.

Jenama She Dazzle baru-baru ini melancarkan koleksi terbaharu bertemakan ‘She Dazzle Society’ yang memberi fokus kepada gaya ‘Quiet Luxury’.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads