Uncategorized

Fasha Sandha Beri Amaran

Share

Hmmm tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja Fasha Sandha telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan membuat para netizen tertanya-tanya apakah yang terjadi?

Kurang 24 jam, Fasha telah memuat naik sekeping nota yang memberitahu tentang syarat-syarat berkerja dengannya.

Malah, Fasha kelihatan sungguh tegas dengan menulis perkataan “Sila Faham!” seperti menujukan isu ini kepada seseorang.

Menurutnya jika mahu berkerja dengan dia seseorang itu perlulah memahami caranya berkerja dan jadilah seorang yang profesional.
.

Jika tidak, individu terbabit tidak sesuai berkerja dengannya.

“Kalau nak kerja dengan saya? Tahu cara kerja saya… and be professional, kalau tak boleh jadi professional, i am sorry, ini bukan tempat untuk i,” tulisnya dalam sebuah aplikasi nota yang terdapat di telefon pintar.

Hmmm agak-agaknya apa yang telah terjadi ya sehinggakan Fasha boleh mengeluarkan kenyataan seperti ini?

Adakah seseorang gagal mengikut caranya atau mungkin ini hanya sekadar peringatan untuk orang lain?

Apa pun janganlah kita buat sebarang spekulasi tanpa tahu kisah sebenar. Mungkin ada sebab mengapa Fasha muat naik gambar seperti ini. Sama-sama kita nantikan update seterusnya dari pelakon berbakat besar ini.

IKLAN