Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari mencipta sejarah peribadi apabila menjadi artis pertama memiliki kedai jualan motosikal elektrik keluaran GGR Motor.

Farid membuka kedai EV berkenaan di bawah syarikat NEO FK Sdn Bhd bersama dua rakan kongsi, Abdullah Sani Abu dan Mohammad Nor Hakim, dengan sokongan kerjasama strategik daripada GGR Motor.

Paling membanggakan apabila kedai Farid Kamil, dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, baru-baru ini.

Pembukaan premis yang terletak di 69-G, Seria 88 Business Center, Jalan Setia Perdana U13/BA, Setia Alam ini turut mencipta sejarah buat industri automotif hijau Malaysia dengan penglibatan artis terkenal dalam industri automotif negara.

Menurut Farid, 44, keputusannya untuk terbabit dalam dalam bidang perniagaan motosikal elektrik memberi mesej besar bahawa mobiliti hijau bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan.

“Saya menyasarkan syarikat akan mencapai jualan melebihi 1,000 unit dalam masa empat bulan pertama selepas pelancaran, khususnya di kawasan Setia Alam yang semakin berkembang sebagai hab gaya hidup moden,” katanya.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan ini turut memaklumkan bahawa syarikat telah mengenal pasti potensi pasaran baharu di Kelantan.

Justeru, pihak kami kini dalam perancangan membuka cawangan di sana pada tahun ini juga.

Ads

“Kalau kita lihat harga motosikal elektrik ini selepas rebat kerajaan hanyalah sekitar RM1,569, ia benar-benar mampu milik.

“Saya percaya inilah masanya rakyat Malaysia mula beralih kepada kenderaan elektrik.

“Sasaran kami bukan sahaja dari sudut jualan, tetapi juga membina satu gaya hidup baharu gaya hidup hijau,” katanya.

Farid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal Elektrik Farid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal Elektrik

Farid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal ElektrikFarid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal ElektrikFarid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal Elektrik Farid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal ElektrikFarid Kamil Jadi Artis Pertama Buka Kedai Motosikal ElektrikPotensi Besar Industri EV

Sementara itu, Datuk Seri Amirudin Shari turut menekankan transformasi ke arah ekonomi hijau bukanlah pilihan semata-mata, tetapi satu keperluan bagi memastikan daya saing Malaysia di persada global.

Ads

Menurut beliau, usaha mengurangkan karbon dan mengembangkan ekosistem EV perlu dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan kerajaan, industri, dan masyarakat.

“Untuk menjayakan transformasi ini, kita tidak boleh hanya bergantung kepada polisi atau cukai kerajaan.

“Rakyat juga perlu mempunyai kesedaran tinggi, dan industri pula perlu berani melabur serta memperkenalkan produk yang relevan. Inilah yang dilakukan oleh Farid Kamil hari ini,” katanya.

Beliau turut memberi contoh keberkesanan dasar mobiliti hijau di China, di mana lebih 70% motosikal di bandar besar seperti Shanghai dan Beijing kini menggunakan kuasa elektrik.

Ads

“Kerajaan negeri melihat inisiatif seperti ini sebagai sebahagian daripada strategi lebih besar untuk mengurangkan karbon, meningkatkan daya saing ekonomi, serta memberi peluang pekerjaan baharu.

“Semua ini selari dengan sasaran pembangunan mapan dunia,” katanya lagi.

Majlis turut menyaksikan penyerahan nombor khas kepada Menteri Besar Selangor sebagai simbol penghargaan bersempena pelancaran edisi pertama motosikal elektrik ini.

Menariknya, pilihan warnanya juga pelbagai seperti merah, putih, kuning, oren, biru cair dan pink.

Harga asal motosikal elektrik GGR x Farid Kamil NeoFK adalah RM3,999 seunit, namun selepas rebat kerajaan sebanyak RM2,400, harga mampu milik hanya sekitar RM1,569.

Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi sebelum ini menyasarkan pengeluaran sehingga 30,000 unit motosikal EV menjelang akhir 2025, dengan lebih 6,000 unit tempahan dijangka diserahkan dalam tempoh terdekat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads