Lama rasanya MH Online tak bertanya khabar penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpamu iaitu Farawahida.

Sejak mendirikan rumahtangga, Fara agak mendiamkan diri sehinggalah kini dia muncul semula dengan lagu single duetnya bersama Alyah, Mengapa Harus Aku.

Namun ramai tertanya-tanya apakah status perkahwinannya kini kerana sejak akhir-akhir ini Fara dikatakan tidak muat naik sebarang gambar bersama suami.

Farawahida Jarang Muat Naik Gambar Suami Timbul Persoalan

MH Online segera mendapatkan Fara dan bertanya terus adakah dia dan suaminya masih bersama?

IKLAN

Jawapannya ringkas, dia dan suaminya masih bersama. Dalam masa yang sama Fara turut memberitahu suaminya itu lebih sukakan privasi dan kurang gemar untuk bergambar.

“Takde masalah, alhamdullilah dah masuk empat tahun kahwin masih bahagia, kalau ikutkan dari dulu pun memang husband kurang gemar bergambar dan juga kurang expose husband di media sosial.

 

“Dia kurang gemar berfoto.memang dia tak suka bergambar, jauh sekali selfie hahahaha,” ujarnya.

Malah Fara juga turut memberitahu tiada yang pelik, semuanya baik-baik sahaja kerana sejak dahulu lagi dia memang sering ditemani oleh pembantunya jika melibatkan karier.

IKLAN

Farawahida Jarang Muat Naik Gambar Suami Timbul Persoalan

Bukan itu sahaja, Fara turut memberitahu dia dan suaminya lebih selesa untuk fokus pada bidang dan kerjaya masing-masing memandangkan punyai bidang kerjaya yang berbeza.

IKLAN

“Saya ok saja, lagipun dari dulu ditemani PR saya kemana pun yang melibatkan karier seni saya, memandangkan suami juga punya kerjaya dia sendiri, jadi lebih baik masing2 fokus pada kerjaya masing-masing,” jelasnya lagi.

Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Fara dan suaminya. Jom layan beberapa gambar terkini Fara yang semakin cantik dan kurus!

Farawahida Jarang Muat Naik Gambar Suami Timbul Persoalan

Farawahida Jarang Muat Naik Gambar Suami Timbul Persoalan

Farawahida Jarang Muat Naik Gambar Suami Timbul Persoalan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI