Categories: Hiburan

Farah Lee Segan Diraikan, Cerita Detik Berdepan Tentera Israel Demi Air Bersih – “Saya Tenung Mata Askar Isr@el

Share

Disebabkan masih ada rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Isr@el, pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee mengakui agak segan untuk hadir dan diraikan dalam acara Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena malam tadi.

Farah, yang juga salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat pulang ke tanah air, menyifatkan perjuangan sebenar bukan sekadar pelayaran mereka, tetapi usaha besar untuk menekan kuasa dunia agar P@lestin dapat dimerdekakan.

Bagaimanapun, dia tetap memilih untuk hadir bagi meraikan rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti menunjukkan sokongan sepanjang misi mereka ke Gaz@.

“Saya sebenarnya segan untuk datang ke sini. Segan untuk diraikan dan diangkat-angkat. Saya tahu ketika ini, masih ada beberapa rakyat Malaysia yang telah dipintas pagi tadi (Rabu) dan masih di dalam tahanan tentera Isr@el.

“Pada masa sama, saya tahu kerajaan Malaysia sedang bekerja keras untuk membebaskan mereka secepat mungkin.

“Kedua, saya segan kerana misi ini bukan tentang kami tapi tentang merobohkan kepungan di G@za dan memberi tekanan kepada dunia yang menyokong pembersihan etnik di P@lestin.

“Namun, saya putus untuk datang juga ke sini untuk meraikan kalian yang sentiasa bersama-sama dengan kami. Tanpa suara kalian, suara kami tidak akan didengari,” katanya ketika sesi pidato malam tadi.

Farah turut berharap semangat solidariti rakyat Malaysia dapat diteruskan demi menolak kekejaman yang berlaku terhadap penduduk P@lestin.

“Saya harap dengan kesatuan daripada pelbagai bangsa, agama dan personaliti, kebangkitan ini rapat diteruskan untuk kita menolak kekejaman dan terus bersuara sehingga Palestin dimerdekakan satu hari nanti.

“Semoga nama kita tertulis dalam golongan mereka yang membebaskan Palestin,” ujarnya.

Kongsi Detik Cemas Dalam Tahanan

Berkongsi pengalamannya sewaktu berada dalam tahanan, Farah mendedahkan dia antara individu yang berani melancarkan protes menuntut bekalan air bersih selepas empat hari tidak diberi minum.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana datangnya kekuatan dan keberanian untuk saya tenung setiap mata askar-askar Isr@el.

“Ketika itu, saya dan beberapa kawan dari Eropah sedang mengadakan protes kerana kami tidak diberikan air minum selama empat hari. Kami protes untuk tidak mahu masuk ke sel jika mereka tidak memberikan kami air.

“Mereka sangat marah dan protes itu berlanjutan dalam masa satu jam. Kami bertekak dan saya dapat keberanian untuk perjuangkan hak asas kami untuk dapatkan air putih.

“Kapten mereka datang dan mengugut jika kami tidak pulang ke sel dengan sukarela, mereka akan gunakan kekerasan. Saya bertegas untuk terus berada di situ kerana saya tahu saya benar.

“Saya dipaksa masuk ke sel dalam keadaan ditolak, ditarik dan dihumbankan ke sel. Namun, saya masih berani untuk tenung mata-mata askar Isr@el ini. Setiap tenungan saya tidak dibalas kerana mereka takut,” akhirinya.

Malam tadi, Himpunan Solidariti Bersama Gaza diadakan bagi menyambut kepulangan 23 sukarelawan GSF yang selamat kembali ke tanah air selepas ditahan tentera Isr@el.

Majlis tersebut turut menjadi wadah untuk menyatakan solidariti terhadap P@lestin dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai perjuangan yang sedang berlangsung di bumi Gaz@.

Turut tampil sebagai pemidato ialah beberapa aktivis GSF Malaysia lain seperti PU Rahmat (Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan), Ustaz Mad Kecik (Muhamad Abdullah) dan Nadir Al-Nuri.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

Published by
Aizam Manaf