Categories: Uncategorized

Farah Lee Dikecam Tak Pakaikan Anak Ikut Syariat?

Share

MH terkejut apabila terbaca bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee dikecam kerana tidak memakai pakaian mengikut syariat Islam.

Bukan ibunya dikecam, tetapi anaknya yang baru berusia tiga tahun turut menjadi mangsa kelancangan netizen berkata. Eh kenapa pulak?

Dalam masa sama, Farah juga akui terkejut apabila anaknya, Maream Esabel yang masih kecil untuk dihakimi dari cara berpakaian.

Farah mendapat kecaman selepas memuat naik gambar anaknya memakai skirt pendek dan tshirt.

Bagaimanapun, Farah telah memberi penjelasan selepas dikecam netizen menerusi entri terbarunya di Instagram.

Menurut Farah, dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam. Anaknya masih dibawah umur dan tidak perlu untuk mengikut syariat lagi, tetapi tidak sampai terlalu terdedah.

Tambahnya, kanak-kanak kuat bermain dan berpeluh, bertutup litup akan membuatkan mereka tidak akan selesa.

“Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan.”

Malah, Farah juga berpendapat mengajar anak biarlah seiring dengan umurnya kerana praktikal tanpa pemahamam juga tidak berguna.

“Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa.”

 

 

“Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang. Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak-anak sejak kecil, kerana itu pilihan mereka.” tulisnya dilaman tersebut.

Farah juga menyeru orang ramai agar belajar menerima pilihan orang yang berbeza-beza, selagi ia tidak melanggar batas agama.

“Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k.? Sambil ingat Tuhan.” tambahnya lagi.

Aduh kesian Maream. Baru sahaja berumur 3 tahun, sudah dilemparkan pelbagai kata-kata yang tak sepatutnya. Bagi MH tak perlu kanak-kanak dipaksa berlebihan, cukuplah dia tidak terlalu terdedah.

IKLAN