Peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidup, sukar diungkap. Hanya kerinduan mendalam membelenggu mereka yang melaluinya.

Itulah dirasakan penyanyi Fanzi Ruji atau nama sebenarnya Mohd. Rifanzi Ruji, 37, sekian lama gara-gara cinta yang tidak kesampaian.

Justeru, dia meluahkan perasaan itu dalam lagu terbaharunya berjudul Berharap.

Anak jati Ranau, Sabah ini tidak berselindung mengakui Berharap berkisar pengalaman cintanya pada masa lalu. Namun, jauh di sudut hati, masih wujud harapan agar cinta itu kembali.

“Sehingga kini, ada saat-saat di mana saya masih tertanya bagaimana agaknya hidup ini jika dapat bersama cinta hati saya itu. Saya belum ‘move on’. Ada kalanya, harapan itu masih membara walaupun kami sudah putus.

“Lirik lagu ini menonjolkan situasi seseorang yang tidak mampu melepaskan insan paling bermakna dalam hidupnya. Lalu, dia terperangkap dalam kesedihan dan tidak mampu membuka hati kepada cinta baharu.

“Lagu ini sangat istimewa kerana saya diberi ruang dan kebebasan sepenuhnya mencipta melodi dan menulis lirik mengikut kata hati saya sendiri. Segala yang terhasil datang daripada emosi dan pengalaman paling dalam,” katanya.

Ads

Menariknya, Berharap turut diangkat sebagai lagu runut bunyi utama (OST) untuk drama Kerana Seorang Lelakiyang bersiaran sejak 11 Ogos lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang menerusi saluran Astro Prima, Astro One, dan Sooka.

“Fanzi Ruji Belum Move On, Luah Cinta Tak Kesampaian Dalam ‘Berharap’ – “Harapan Itu Masih Membara Walau Kami Sudah Putus.”“Fanzi Ruji Belum Move On, Luah Cinta Tak Kesampaian Dalam ‘Berharap’ – “Harapan Itu Masih Membara Walau Kami Sudah Putus.” “Fanzi Ruji Belum Move On, Luah Cinta Tak Kesampaian Dalam ‘Berharap’ – “Harapan Itu Masih Membara Walau Kami Sudah Putus.”

Peluang Besar Dalam Dunia Muzik

Fanzi mengakui cukup terharu apabila lagunya dipilih menjadi OST drama tersebut, lebih-lebih lagi dirinya masih baharu dalam dunia penciptaan lagu.

“Saya memang terkejut dan tak sangka apabila dimaklumkan bahawa Michael berminat menjadikan Berharapsebagai OST dramanya. Perasaan saya ketika itu sangat teruja dan bersyukur.

“Ini kerana, pencapaian ini satu peluang yang saya anggap cukup istimewa, terutama bagi penyanyi baharu seperti saya. Ia memberi keyakinan untuk saya terus berkarya,” katanya lagi.

Ads

Mengenai proses penghasilan lagu, Fanzi mendedahkan ia bermula sekitar Oktober 2024 melalui beberapa sesi perbincangan dan brainstorming.

Lagu itu akhirnya siap sepenuhnya pada Februari 2025 namun hanya dilancarkan seiring tayangan drama tersebut.

“Kami benar-benar ambil masa bagi memastikan setiap aspek seperti susunan vokal, emosi dan penyampaian berada pada tahap terbaik.

“Bagi saya, antara momen paling menyeronokkan adalah sewaktu sesi cipta melodi dan struktur lagu bersama Bajai. Saya banyak belajar mengenai proses penciptaan lagu daripada beliau.

Ads

“Selain itu, sewaktu rakaman vokal, saya amat bertuah bekerjasama dengan Afif yang sangat membantu dari segi mendapatkan ‘feel’ dan teknik vokal tepat agar penyampaiannya betul-betul sampai kepada pendengar,” katanya.

Penyanyi naungan MLE Records Talents itu turut menyifatkan perjalanan seni yang dilaluinya penuh cabaran. Malah, sebelum ini Fanzi pernah menyertai pelbagai pertandingan seperti All Together Now Malaysia (ATNM), Calpis Soda One in a Million (CSOIAM), Raise The Star, selain menjuarai cabaran TikTok anjuran komposer Amerika Syarikat, David Michael Frank pada 2021.

Menerusi Berharap, Fanzi tekad menjadikannya sebagai permulaan untuk lebih dikenali sebagai penyanyi arus perdana.

“Semoga Berharap mampu membawa nama dan bakat saya ke tahap yang lebih tinggi dalam industri muzik. Saya mahu lagu ini menjadi batu loncatan untuk saya dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

“Saya mahu mampu bersaing secara serius di carta lagu serta pentas anugerah. Harapan saya agar lagu ini menjadi permulaan kepada perjalanan karier seni saya yang lebih jauh dan bermakna,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads