Uncategorized

Fadzil Zahari Kongsi Gambar Bersama Farid Kamil Buat Orang Tersentuh!

Share

Jika malam tadi posting Yana Samsudin menjadi bualan hangat netizen, kali ini suami kepada pelakon dan pengacara itu dan merupakan adik kepada Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari telah memuat naik satu posting membuatkan ramai orang turut merasa simpati.

Dengan hanya menggunakan kepsyen “…” ramai dapat mengaagak Fadzil kini sedang bersedih dengan nasib yang menimpa abangnya itu.

Fadzil yang memaut naik gambar ahli keluarganya bersama anak-anak mereka membuatkan ruangan kepsyennya dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada pengikutnya.

Malah, ada juga yang berkongsi pandangan kemungkinan besar Farid hanya telah dianaiya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, Yana Samsudin ada memuat naik kata-kata semangat buat suaminya ini.

Menurutnya walau apa sahaja yang berlaku, dia akan sentiasa bersama suaminya dan mendoakan agar semuanya urusan keluarga suaminya dipermudahkan.

Apapun MH doakan semoga semua ahli keluarga Farid terus sabar dan tabah untuk hadapi semua ini.

MH percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya!

IKLAN